Siapa kata bermain permainan video tidak boleh menyihatkan tubuh badan? Tetapi bergantung juga kepada jenis permainan yang dimainkan sebenarnya.

Seorang pemuda Jepun baru-baru ini berkongsi hasil pada tubuhnya selepas bermain permainan kecergasan pada Nintendo Switch miliknya.

Inilah foto asal pemuda terbabit..

@_kz9/Twitter

Menggunakan nama akaun @_kz9, dia mendedahkan bahawa dirinya bermain permainan Ring Fit Adventure selama enam bulan.

Dan ternyata permainan berkenaan telah berjaya mengubah fizikal pemuda berkenaan sepenuhnya!

Ini pula foto selepas dirinya bermain permainan tersebut.

Permainan tersebut bukan hanya berjaya menurunkan berat badannya malah ia turut menghasilkan ‘sixpack’ pada abdomennya!

Jelas pemuda itu, dia bermain permainan berkenaan selama sejam pada setiap hari dan 25-35 minit daripada permainan itu sebenarnya melibatkan aktiviti senaman.

Seluar pun dah longgar..

Difahamkan juga bahawa dia telah membakar 21,000 kkal kalori, berlari sejauh 175 kilometer dan 29,000 tolakan pada Ring-Con, iaitu aksesori pada Nintendo Switch.

Selain daripada bermain permainan berkenaan, pemuda itu juga turut mengamalkan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk mendapatkan tubuh yang lebih sihat.

Untuk makluman, Ring Fit Adventure mula dilancarkan pada Oktober tahun lalu, di mana ia adalah permainan bercorak pengembaraan dengan jalan cerita yang menarik.

Pemain juga diberikan tugasan berkaitan dengan kecergasan dan turut disertakan dengan permainan mini.

Pemain diminta untuk mengikuti arahan pergerakan pada skrin agar setiap halangan dapat diselesaikan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular