Kecil tapi cukup bermanfaat. Itulah taugeh – antara sayuran yang tidak begitu digemari oleh sebilangan rakyat Malaysia.

Ia merupakan sejenis sayuran yang kaya dengan protein, serat dan antioksidan serta enzim yang membantu proses pencernaan.

Foto hiasan/Pixabay

Berasal daripada kacang hijau, kita sebenarnya boleh menghasilkan sendiri taugeh di rumah tanpa perlu membelinya di kedai.

Sebelum itu, anda hanya perlu mencuci dan merendamkan kacang hijau berkenaan di dalam air selama empat jam.

Taste Life/Facebook

Kemudian masukkan 1/3 kacang hijau yang telah direndamkan itu ke dalam botol plastik yang telah dilubangkan terlebih dahulu.

Taste Life/Facebook

Selepas itu, anda hanya perlu menutup keseluruhan botol plastik berkenaan dengan kain ataupun plastik berwarna hitam. Biarkan ianya untuk beberapa hari.

Taste Life/Facebook

Setelah beberapa hari, anda akan dapati bahawa kacang hijau yang diletakkan di dalam botol itu telah bercambah menjadi taugeh.

Taste Life/Facebook

Begitu mudah menghasilkan sendiri taugeh di rumah bukan? Lebih terjamin kebersihannya dan sihat tanpa menggunakan apa-apa baja.

Taste Life/Facebook

Jika terlalu banyak, taugeh yang dihasilkan itu bolehlah disimpan di dalam peti sejuk selama dua minggu.

Berikut merupakan video penuh penghasilan taugeh dan juga idea masakan berasaskannya :

Selain mudah untuk dilakukan, ia juga secara tidak langsung dapat menjimatkan wang anda. Jomlah kita buat taugeh sekarang!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular