Sudah lama tidak terlibat dengan aktiviti larian dek kerana pandemik COVID-19? Sudah semestinya anda amat rindukan aktiviti itu bukan?

Jangan gundah gulana lagi kerana terdapat anjuran Hello Kitty Virtual Run yang dilangsungkan secara maya bermula 1 hingga 30 November akan datang.

Oleh kerana ia dilangsungkan secara maya, maka para peserta bebas untuk berlari di mana-mana sahaja, bahkan di dalam rumah sekalipun!

Anda juga boleh membuat pilihan untuk menyertai jarak larian sama ada 5 kilometer, 10 kilometer ataupun 21 kilometer.

Semua peserta yang mendaftar adalah layak untuk menerima baju dry-fit dan juga beg drawstring.

Namun bagi mendapat t-shirt finisher (peserta 21 kilometer sahaja) dan medal, anda perlu menyertakan bukti bahawa anda telah mencapai jarak atau langkah yang ditetapkan sebelum 30 November 2020.

Berikut adalah butiran yuran pendaftaran yang perlu anda ketahui :

Jom Run

Pendaftaran Hello Kitty Virtual Run – Link Love Together ini tamat pada 30 November ini tetapi bagi membolehkan nama anda diukir pada medal, ayuh daftar sebelum 30 September!

Tatkala wabak COVID-19 ini masih lagi menular, kita tidak seharusnya terlibat dengan perhimpunan besar-besaran.

Mujurlah ada inisiatif begini, maka ia tidak lagi menjadi batu penghalang untuk anda daripada terus ‘berlari’.

Untuk maklumat lanjut ataupun mahu mendaftar, sila tekan di sini.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular