Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa dirinya kini mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan yang baharu.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ketua Pembangkang berkenaan ketika sesi sidang media tengah hari tadi.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah majoriti sokongan yang dimaksudkannya.

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, pada saat ini kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh”, kata beliau.

Anwar Ibrahim/Facebook

Tambah beliau, ia bukanlah melibatkan empat atau lima majoriti. Ia bahkan melebihi daripada jumlah tersebut.

Turut hadir bersama, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Beliau sepatutnya bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa lalu.

@BuletinTV3/Twitter

Namun ia terpaksa ditangguhkan ekoran Yang di-Pertuan Agong kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Maklumat dan langkah selanjutnya akan saya maklumkan selepas menghadap baginda Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat”.

Ketika ditanya sama ada Tun Dr Mahathir turut menyokong beliau, Anwar menjawab. “Belum lagi. Dia akan putuskan kemudian”.

Anwar Ibrahim/Facebook

Beliau turut menegaskan bahawa pengumuman itu bukanlah tindakan untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang.

Jelas beliau lagi, pengkhianat yang meninggalkan PKR sebelum ini juga ‘tidak akan dimasukkan ke dalam senarai’.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular