Tidak sah kalau tidak melakukan apa-apa pekerjaan, itulah ibu. Di rumah mereka seolah-olah ‘bekerja’ 24 jam tanpa henti.

Tiada satu kerja pun tidak mereka lakukan dan pantang sahaja ada masa terluang sedikit mereka pasti akan mencari kerja di rumah. Kalau sudah habis kerja di dalam rumah, mereka akan keluar rumah pula. Hasilnya, laman rumah pastinya sangat bersih dan ceria.

Seperti ibu-ibu lain wanita ini nampaknya sangat rajin melakukan kerja-kerja walaupun bukan di rumah sendiri. Kedengarannya seperti aneh tetapi itulah yang berlaku.

@NesrinShukorr/Twitter

Kejadian lucu itu diceritakan oleh seorang pengguna Twitter, NesrinShukorr yang menceritakan tentang apa yang dilakukan oleh ibunya. Menurut cerita Nesrin, suatu hari kereta mereka rosak di hentian lebuh raya dan mereka perlu menunggu trak tunda untuk menunda kereta mereka.

@NesrinShukorr/Twitter

Memandangkan trak tunda yang ditunggu agak lama jadi ibunya mula ‘gelisah’ dan tidak boleh duduk diam jadi dia segera mengambil penyapu dan mula menyapu daun dan sampah di R&R itu bersama dengan seorang pekerja perempuan.

@NesrinShukorr/Twitter

Video ibunya yang sedang menyapu daun telah dimuat naik di Twitter miliknya dan telah menerima pelbagai respons daripada netizen. Ramai yang berasa lucu dengan tindakan ibunya.

Ramai juga yang memuji dan tidak kurang juga ramai yang berkongsi cerita mengenai ibu masing-masing yang mempunyai tabiat yang sama dengan ibu Nesrin iaitu tidak boleh duduk diam.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular