Semua sedia maklum menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab itu adalah satu tugas dan kewajiban mulia yang seharusnya dipikul bersama oleh setiap pasangan ketika anak-anak sedang membesar.

Walaupun seorang bapa berkata dia adalah seorang yang sangat bertanggungjawab dan mampu berperanan melebihi tugas ibu, namun kadangkala perkara kecil yang berlaku di hadapan mata pasti boleh membuat kaum ibu yang melihat menggeleng kepala.

Seperti insiden ‘hilang anak’ dalam rakaman video ini yang berlaku di China.

@aizadfahmy/Twitter

Seorang netizen @aizadfahmy berkongsi di Twitter menunjukkan seorang bapa tiba-tiba menjadi cuak dan berusaha mencari bayinya yang hilang, membuat ramai bapa yang pernah mengalami pengalaman ‘mencipta panik sendiri’ ini tergelak sendiri.

Rakaman video menunjukkan setelah meluangkan masa membelek telefon pintarnya, si bapa menoleh dan menyedari kereta sorong bayinya kosong yang sepatutnya ada bayi di dalamnya.

@aizadfahmy/Twitter

Tiba-tiba dia menjadi panik dan gelabah, bapa ini mula tercari-cari di merata tempat dengan menjenguk di mana dia mungkin telah tersalah letak bayinya.

@aizadfahmy/Twitter

Setelah menghabiskan masa beberapa saat melihat-lihat dalam keadaan kebingungan dan mungkin jantungnya hampir jatuh ketika itu, dia kemudian tersedar bahawa bayinya berada di dalam pembawa ‘hipseat’ yang sedang dipakainya selama ini.

@aizadfahmy/Twitter

Bapa ini kemudian berasa terlalu lega yang teramat sangat sambil menepuk-nepuk bayinya itu.

Ketika ini, kita mungkin dapat memahami perasaan kelegaan itu apabila berjaya menemukan sesuatu yang ‘kehilangan’.

@aizadfahmy/Twitter

Salah seorang netizen memberi komen menyamakan perasaan itu dengan kehilangan barangan seharian yang dianggap seperti bayi sendiri, sebagai contoh telefon pintar yang sedang berada di tangan, tetapi kebingungan mencarinya.

Seorang yang lain menulis, “Tenaga yang sama dirasai apabila anda meletak cermin mata di atas kepala, atau meletak pen di tepi telinga atau menyedari bahawa telefon bimbit anda berada di dalam genggaman selama ini.”

@aizadfahmy/Twitter

Memanglah kita tidak boleh menyamakan barangan seperti bayi, tetapi semua orang boleh mengaitkan perasaan itu yang lebih kurang sama, apabila kita tiba-tiba menjadi seorang yang pelupa kerana terlalu banyak berfikir atau sedang keletihan memikul pelbagai bebanan dan tanggungjawab.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular