Pasti kita mengharapkan salji turun di Malaysia, bukan? Lebih-lebih lagi ketika kita masih kecil dan tidak begitu tahu iklim tanah air kita sebenarnya.

Namun baru-baru ini, seorang pendaki yang juga merupakan pengguna Facebook ada berkongsi fenomena sewaktu dia mendaki Gunung Kinabalu.

Ianya dikongsi Wandy John pada 19 September lalu di mana dia mendapati terdapat kristal ais yang terbentuk di sepanjang puncak gunung berkenaan.

Wandy John/Facebook

Macam tidak percaya sahaja, bukan? Tetapi ia bukanlah kali pertama gunung tersebut dikaitkan dengan pembentukan salji,

Ini kerana pada 24 Januari lalu juga, fenomena ‘hutan kristal’ turut dilaporkan berlaku di sepanjang lereng kaki gunung. Ianya cukup indah..

Harian Metro

Namun tahukah anda sebenarnya suhu gunung tertinggi di Asia Tenggara itu sebenarnya berupaya untuk menurun antara -2◦C hinggalah ke 0◦C.

Jadi ia merupakan fenomena biasa. Menurut presiden pemandu arah Gunung Kinabalu, Junaydie Sihan, ais terbentuk sekurang-kurangnya sekali atau dua kali setahun.

New Straits Times

Begitu juga dengan pembentukan kepingan ais, di mana lopak air akan membeku lalu menghasilkan kepingan ais.

Apa pun, ia bukanlah satu fenomena biasa khasnya buat kita yang jarang menyaksikan kejadian indah sebegini.

Sudah pasti ia cukup mengujakan kita, bukan? Saksikan video indah yang dirakam Wandy di bawah ini :

Wandy John/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular