Tidak dapat kita sangkal lagi akan kekuatan dan kehebatan bekas ahli gusti terkenal, The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson.

Mana tidaknya, baru-baru ini tular mengenai bintang Hollywood itu yang mencabut sendiri pagar rumahnya bagi membolehkannya keluar ke tempat kerja.

Difahamkan bahawa pagar rumahnya tidak berfungsi kerana mengalami masalah bekalan tenaga eletrik ketika ribut melanda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by therock (@therock) on

Jelas beliau, ribut yang melanda di kawasan rumahnya telah menyebabkan pintu pagar automatik rumahnya itu tidak dapat dibuka.

“Saya cuba gunakan sistem hidraulik untuk membuka pintu pagar. Ia biasanya dibuka jika tiada bekalan elektrik. Tetapi kali ini, ia tidak berlaku”.

Beliau juga sempat menghubungi juruteknik untuk mengetahui bilakah pagarnya itu akan dapat dibaiki. “Namun saya tidak dapat tunggu untuk 45 minit”, tulisnya.

Ini kerana menurutnya, beliau tahu terdapat ratusan krew produksi yang sedang menunggunya untuk memulakan pengambaran.

“Jadi saya terpaksa lakukan apa yang perlu. Saya tolak, tarik dan mencabut sendiri pagar itu sendiri”, jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by therock (@therock) on

Hebat betul The Rock, bukan? Beliau mencabutnya daripada tembok batu, menanggalkan besi hidraulik dan melemparkannya ke atas rumput.

Lebih kurang sejam selepas itu, pasukan keselamatan disertai dengan juruteknik dan juga pengimpal datang untuk melihat dan memeriksa pintu pagar tersebut.

“Dan mereka nampaknya sukar untuk mempercayai dan ‘ketakutan’ melihat keadaan pintu pagar. Ia bukanlah waktu yang terbaik, saya perlu pergi bekerja”.

Beliau turut mengakhiri perkongsian di laman Instagram berkenaan dengan mengakui bahawa dirinya kini sudah bersedia sepenuhnya untuk menjadi Black Adam.

Apakah itu? Sama-sama kita nantikan kemunculan The Rock dalam projeknya akan datang. Apa pun, The Rock memang terbukti kegagahannya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL HIBURAN

Video Popular