Hidup bermasyarakat seharusnya saling bantu-membantu ketika seseorang sedang mengalami kesusahan dan semestinya, perkara ini tidak sukar untuk dilakukan walau dimanapun kita berada.

Misalnya, seperti kisah manis yang dikongsikan oleh Danny Pineda di laman Facebooknya apabila dia dipertemukan dengan seorang lelaki warga emas yang telah memotong barisannya ketika dia sedang beratur untuk membayar barangan di sebuah pasaraya.

“Lelaki ini telah memotong barisan di hadapan saya. Nampaknya dia seperti tidak perasan akan kewujudan saya (kerana menjaga jarak enam meter setiap orang). Saya tidak berkata apa-apa, saya menjaga jarak saya,” tulis Danny menceritakan pengalamannya.

Walau bagaimanapun, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku.

“Apabila tiba masa dia membayar barangannya dia menyeluk saku belakangnya dan mengeluarkan satu kertas nota kecil. Dia terlupa dompetnya.

“Dia kelihatan agak kecewa dan malu,” tambah Danny.

Tetapi, Danny tidak hanya membiarkan perkara ini terus berlaku. Dengan hati yang terbuka, Danny melangkah ke hadapan dan segera membayar barangan yang dibeli oleh lelaki itu.

Danny Pineda/Facebook

Dan, dengan rasa bersyukur, lelaki itu mengucapkan terima kasih dan segera pergi dengan sekotak susu dan biskut yang dibayar oleh Danny.

Tetapi, situasi ini nampaknya mengundang rasa hairan untuk juruwang di kaunter berkenaan. Dengan hairan, juruwang itu bertanya, “lelaki itu telah memotong barisan kamu dan kamu membayar barangannya… Mengapa?”

Dengan gembira, Danny menjawab, “saya harap jika suatu hari nanti bapa saya terlupa membawa dompetnya seseorang akan datang membantu untuk membayar susu dan biskutnya.”


Ternyata, untuk melakukan sesuatu yang menyenangkan urusan orang disekeliling kita bukanlah satu tugas yang sukar. Apa yang diperlukan hanyalah keikhlasan hati.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman Danny ini telahpun meraih sehingga lebih dari 166,000 reaksi, lebih dari 86,000 perkongsian dan lebih dari 5,100 komen setelah dimuatnaik pada petang 11 September yang lalu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular