Berada di jalan raya bermakna kita seharusnya lebih berhati-hati kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Oleh itu, kita perlu sentiasa peka dan waspada.

Tetapi lain pula halnya dengan perangai segelintir penunggang basikal di jalan raya. Kerap kali juga kita menyaksikan insiden membuktikan betapa ‘besarnya kepala’ mereka.

Salah satunya, anda boleh lihat sendiri rakaman video di bawah :

@Aweeff/Twitter

Ia sebenarnya dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @Aweeff yang jelas menunjukkan seorang penunggang basikal berada tepat di belakang sebuah lori yang sedang bergerak.

Bukankah ianya satu perbuatan yang membahayakan nyawa?? Namun mari kita teliti alasan di sebalik perbuatan tersebut.

Menurut sumber, penunggang basikal perlu mengurangkan daya tarikan aerodinamik ketika sedang menunggang basikal.

Dengan mengurangkan daya tarikan itu, penunggung bukan sahaja dapat bergerak dengan lebih pantas malah dapat menjimatkan tenaga.

@Aweeff/Twitter

Dalam situasi ini, lori tersebut berfungsi untuk menghalang zarah udara daripada terkena pada penunggang basikal – meminimakan seretan aerodinamik.

Ia sekaligus mempengaruhi prestasi kayuhan basikal seseorang. Itulah penjelasan sains berkaitan dengannya namun ia semestinya perlu dilakukan di tempat dan cara yang betul.

Dan bukanlah dengan berkayuh di belakang lori sebegini. Daripada aktiviti yang sihat, ianya bertukar menjadi satu tindakan yang menyusahkan ramai pengguna jalan raya yang semestinya berbahaya!

Tersilap langkah, ia boleh mengorbankan nyawa. Mereka juga boleh dikenakan denda hingga RM1,000 ataupun penjara.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular