Sebelum ini, ramai juga dalam kalangan rakyat Malaysia yang sukar membezakan antara Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan juga Ahli Parlimen Bakri, Yeo Yee Bin.

Benarlah bahawa kita semua sebenarnya mempunyai tujuh orang ‘kembar’ di bumi ini dan nampaknya Hannah sudah pun menemui salah seorang daripadanya.

Bukan Yeo Yee Bin ya! Kali ini, kembar Hannah Yeoh kelihatan hampir sama dan seiras dengannya. Anda lihatlah sendiri :

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Hannah di laman Facebooknya. Menurut Hannah, ibu bapanya memberi nama Yeoh Tseow Suan yang bermakna ‘sepasang yang tidak disengajakan atau ‘kemungkinan berganda’.

Selepas diberi nama sedemikian, adik perempuannya, Megan dilahirkan pada tahun yang sama. Mereka melakukan semua perkara bersama seperti kembar.

Dalam penggal pertama penglibatan beliau dalam arena politik, muncul pula rakannya, Yeo Bee Yin yang turut menyertai Democratic Action Party (DAP).

Semenjak daripada itu, ramai individu termasuklah para pengundi, duta besar dan juga ahli-ahli politik yang turut keliru.

Namun baru-baru ini ketika beliau ke sebuah gereja di Kota Kinabalu, beliau berjumpa dengan seorang wanita, Amanda.

Hannah dan adiknya, Megan

“Saya seperti tidak mempercayai mata saya sendiri apabila melihat sosok dan fizikalnya yang begitu mirip dengan saya”.

Perkongsian kisah tersebut ternyata mendapat perhatian warga Facebook, di mana ia sehingga kini telah menerima 18,000 reaksi.

“Sebab itulah anda perlu tukar nama jika ia bermaksud yang tidak elok”, tulis seorang pengguna.

Hannah Yeoh/Facebook

Sekali toleh memang nampak sama pun. Kedua-duanya kelihatan manis kan?

Hannah Yeoh/Facebook

Sempat pula melawak.. Tapi betul juga!

Hannah Yeoh/Facebook

“Jadi saya kini benar-benar yakin terhadap kehebatan pada sesebuah nama. Apa yang kita namakan, itulah yang berlaku pada anak”, kata beliau.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular