Ujian dan pemeriksaan kesihatan yang kerap dapat membantu mengesan masalah atau penyakit pada tubuh dengan lebih awal.

Maka rawatan akan diberikan di peringkat awal selain peluang untuk sembuh juga adalah jauh lebih cerah. Jadi berapa kerapkah anda menjalani pemeriksaan kesihatan?

Mahu pengalamannya diambil iktibar oleh orang lain, seorang wanita berkongsikan kisahnya pada pihak World Of Buzz baru-baru ini.

“Jangan ingat anda masih muda, sihat dan tidak pernah berhubungan seks maka anda tidak perlu melakukan pemeriksaan kesihatan. Banyak benda yang berlaku tanpa kita jangkakan”.

Gambar hiasan/Pexels

Wanita itu berkongsi kisah bagaimana dia mengalami menstruasi dua kali – kali pertama adalah haid sebenar. Manakala yang kedua pula berlaku selepas dua minggu haid pertamanya tamat.

“Saya sangat bimbang. Oleh itu saya pergi ke klinik obstetrik dan ginekologi”, cerita wanita berkenaan.

Menurutnya, doktor menggunakan ultrasound untuk memeriksa rahimnya dan mendapati bahawa dia mempunyai ‘cyst’ air bersaiz 10 sentimeter pada rahimnya. Ia harus segera dibedah.

“Keesokan harinya, saya ke Pusat Perubatan Desa Park City dan doktor menemukan cyst dermoid di dalam cyst air tersebut”.

“Ini bermakna, saya mempunyai dua cyst di rahim kiri dan doktor mengesyaki bahawa cyst dermoid itu adalah kanser. Rahim kanan saya dalam keadaan yang baik”.

Pinterest

Doktor walau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada cyst itu pasif ataupun kanser sehingga ianya dibawa ke makmal untuk ujian lanjut.

Wanita itu kemudian memberitahu bahawa rahim kirinya perlu dibuang kerana saiz cyst itu agak besar. Tetapi doktor berjanji akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkannya.

Selepas pembedahan, doktor memberitahu bahawa cyst itu telah pun meregangkan keseluruhan rahim wanita itu. Ianya tidak boleh diselamatkan dan perlu dibuang.

“Saya hanya memiliki satu sahaja rahim, iaitu rahim kanan saya. Doktor memberitahu bahawa cyst itu tidak berkait langsung dengan menstruasi ataupun pengambilan makanan”.

Gambar Hiasan | Pexels

Sebaliknya, ia adalah hormon. Menurut penjelasan doktor, ia lazimnya berlaku pada wanita berusia 30-40 tahun dan juga wanita yang baru melahirkan.

“Doktor tidak menjangkakan bahawa ia akan berlaku pada saya kerana saya baru berusia 21 tahun. Kata doktor, saya masih lagi boleh mengandung dan mengalami menstruasi normal”.

“Tetapi saya perlu menjaga rahim kanan saya ini. Saya menyesal tidak lakukan pemeriksaan kesihatan dengan lebih awal lagi. Jika tidak, rahim saya pasti boleh diselamatkan”.

Dia juga berharap agar situasi dirinya itu membuka mata banyak wanita di luar sana untuk tidak melengahkan pemeriksaan kesihatan.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular