Filem Origin Bound terbitan New Century Film dan Television Base telah disenarai pendek dalam Festival Filem Antarabangsa Diamond Star yang diadakan di Malaysia.

Origin Bound yang berkisar kisah benar seorang aktor popular dari China yang berjaya diselamatkan daripada penyakit membawa maut setelah mengamalkan Falun Gong telah memenangi tiga anugerah di festival filem Accolade Global Film Competition dan dicalonkan untuk Filem Terbaik dalam Japanese Independent Film Festival serta beberapa anugerah filem antarabangsa lain. 

Sebelum ini Origin Bound mendapat ulasan yang baik daripada pengkritik serta peminat filem di Kanada dan Amerika Syarikat.

Diamond Star Malaysia telah menyenarai pendek filem Origin Bound dan ia adalah satu penghormatan daripada festival filem yang berlatar belakang bahasa Cina.

Festival Filem Antarabangsa Diamond Star adalah festival filem berbahasa Cina yang dianjurkan bersama oleh penerbit filem Don Hoe, Tan Heng Seng dan penggiat filem lain yang berpangkalan di Malaysia.

Bermula bulan Februari hingga Mac tahun ini, Origin Bound telah ditayangkan di pawagam terpilih di Kuala Lumpur, Johor, dan Pulau Pinang yang membuka pintu buat filem dari negara-negara Asia Selatan.

Festival Filem Antarbangsa Diamond Star akan berlangsung di Pulau Pinang, hentian terakhir Origin Bound ditayangkan di Malaysia. 

Semasa tayangan, pawagam mendapat sambutan penonton termasuk golongan elit perniagaan, selebriti, pegawai tinggi kerajaan dan ahli politik. Ramai di antara mereka memberikan maklum balas yang sangat positif terhadap filem ini. 

Kebanyakan penonton memahami maksud Falun Dafa atau Falun Gong semasa menonton filem berkenaan yang memaparkan jalan cerita yang cantik.

New Century Film/Facebook

Pengerusi Gerakan Pemulihan China Sedunia Malaysia, Wei Shiqin sangat terharu setelah menonton Origin Bound dengan berkata, “Perasaan yang tidak pernah saya rasakan. Malam ini  memberi inspirasi kepada saya, di mana dalam kehidupan sebenar, setiap orang mempunyai misi yang berbeza. Jangan terlalu jauh mengejar kehidupan yang materialistik dan melupakan kebahagian rohani. Filem ini benar-benar mengajar kita bahawa perkara kebendaan tidak dapat dibawa hingga ke akhir hayat. Destinasi kerohanian itu bukan perkara material.”

Origin Bound yang telah disenarai pendek untuk Anugerah Diamond Star akan bersaing dengan sembilan filem pilihan lain yang disenarai pendek untuk Filem Terbaik.

Oleh kerana pandemik Virus PKC, upacara penganugerahan dan malam gala Festival Filem Antarabangsa Diamond Star telah ditangguhkan sehingga akhir tahun ini. 

Pelakon utama Origin Bound, aktres Zheng Xuefei berkata, “Terima kasih kepada penganjur Anugerah Diamond Star. Saya mengagumi keberanian mereka. Television Base dan New Century Film akan menghasilkan lebih banyak filem hebat sebagai tanda memberi penghargaan kepada para penonton.” 

Dilaporkan bahawa filem pendek lain yang dibintangi oleh Zheng Xuefei iaitu ‘When the Phoenix Blossoms’ juga akan menemui penonton sebelum festival musim luruh.

YouTube/Paparan Skrin

Origin Bound turut dicalonkan dalam ‘Gallup International Film Festival’ yang telah memasuki tahun kelapan. Selain disenarai pendek untuk Anugerah Diamond Star, Origin Bound baru-baru ini turut disenarai pendek untuk ‘Gallup Film Festival’ di New Mexico, Amerika Syarikat.

Penganjur festival filem ini, Knifewing Segura, seorang penggiat filem keturunan India telah memberikan pengiktirafan dan penghormatan kepada filem Origin Bound, membuktikan minat dan kerinduan kebanyakan penonton terhadap tema kecantikan, harapan dan kepercayaan.

Ekoran pandemik, anugerah filem tersebut akan diadakan secara dalam talian pada tahun ini. Walau bagaimanapun, penganjur festival filem juga akan menayang dan mempromosi filem-filem yang disenarai pendek ini di rangkaian internet, dengan lebih ramai penonton akan menghargai filem yang menghangatkan hati ini.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular