Sedapnya jika dapat makan kuih panas-panas yang baru sahaja keluar daripada ketuhar. Dengan bau semerbak, sudah pasti kita tidak sabar-sabar lagi mahu menikmatinya.

Lebih-lebih lagi jika ianya kuih tradisional seperti kuih bingka ubi kayu. Umum mengetahui bahawa ia merupakan sejenis kuih yang agak rumit untuk dibuat.

Ini kerana ubi kayu perlulah diparut terlebih dahulu namun itu semua cukup berbaloi di saat kita mula menikmatinya.

Koleksi Resepi Sedap Unuk Keluarga Tersayang/Facebook

Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan anda resipi kuih bingka ubi kayu atau juga dikenali sebagai bengkang ini. Bahan yang diperlukan adalah :

Koleksi Resepi Sedap Unuk Keluarga Tersayang/Facebook

  • 4 cawan ubi kayu (siap diparut)
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan gula pasir
  • ½ sudu teh garam
  • Sedikit pewarna kuning

Cara penyediaan :

1.Campurkan santan, gula dan garam ke dalam ubi kayu. Kacau hingga sebati.

2. Alihkan campuran tadi ke dalam loyang. Sementara itu, bolehlah panaskan ketuhar pada suhu 200°C.

3. Kemudian masukkan loyang ke dalam ketuhar. Bakar selama sejam atau sejam setengah (permukaan bingka kelihatan keperangan)

Koleksi Resepi Sedap Unuk Keluarga Tersayang/Facebook

4. Setelah masak, keluar dan sejukkan lebih kurang 3-5 jam.

5. Potong dan siap untuk dihidangkan!

Koleksi Resepi Sedap Unuk Keluarga Tersayang/Facebook

Mudah sahaja, bukan? Pastikan kuih telah cukup disejukkan terlebih dahulu untuk elakkan kuih melekat.

Kini anda tidak perlu lagi beli di pasar malam, hanya buat sahaja di rumah, lagi sedap! Tunggu apa lagi?

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular