Pemilik anjing Husky pasti memahami baka ini agak lincah dan selalu melemparkan tantrum di mana-mana, juga kadang-kadang dia berada di tempat yang tidak sepatutnya dan tempat itu pula tempat yang agak ganjil.

Seperti si Husky ini tiba-tiba dia teringin melepak sambil berpura-pura menjadi seekor musang atau tupai yang mahu melompat-lompat di atas bumbung rumah orang.

Nasib baik pemilik Husky ini berjaya menyelamatkan anjing kesayangan mereka dari atas bumbung beranda rumah sendiri, seperti yang dirakam oleh netizen 小 回忆 Little Memories dalam Facebook.

Kapsyen bersama beberapa gambar yang dimuat naik, “Anda benar-benar memerlukan jantung yang sihat untuk membesarkan Husky, rasa berdebar-debar macam hampir hilang nyawa. Setelah puas mahu meruntuhkan rumah, dia mahu meruntuhkan bumbung pula.”

Dalam gambar tersebut, Husky berbulu gebu coklat itu dapat dilihat berdiri dan berlari riang di sekitar bumbung beranda rumah tuannya dan jiran-jiran.

Kemudian, pemilik yang tersedar aksi nakal anjing ini telah turun menuju ke arah bumbung macam abang bomba penyelamat dan memanggilnya dalam usaha untuk memujuknya masuk semula ke dalam rumah.

Dan ekspresi rupa dan gaya Husky ini menunjukkan seakan dia seronok membuli tuannya.

Setelah berjuang habis-habisan sambil menumpahkan keringat dan mengecutkan jantung, pemilik ini akhirnya berjaya mengangkat si Husky naik semula di atas pagar balkoni dengan selamat ke tempat selamat.

Nampaknya seperti anjing ini mungkin akan ditambat dan tuannya perlu memerhatikannya dengan lebih kerap mulai sekarang.

Mujurlah si Husky ini berserta tuannya berada dalam keadaan selamat dan baik kerana mereka tidak tercedera di mana-mana, dan apa yang penting dia kembali menceriakan hari tuannya seperti biasa.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular