Pepatah mengatakan bagai anjing dengan kucing menunjukkan bagaimana kedua spesies haiwan ini mempunyai reputasi tidak mahu berbaik di antara satu sama lain. 

Biasalah apabila anjing dan kucing saling bercakaran juga membenci, tetapi zaman itu mungkin sudah berlalu kerana anjing yang menawan ini membuktikan sebaliknya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raylan the Dog (@raylan_the_dog) on

Anjing bernama Raylan mempunyai perangai yang unik kerana dia secara konsisten dan rela hati menjaga beberapa ekor anak kucing dengan penuh kasih sayang di rumah perlindungan haiwan tuannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raylan the Dog (@raylan_the_dog) on

Ini menunjukkan betapa lembutnya hati dia dan Raylan tidak peduli akan pepatah hubungan anjing dengan kucing itu. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raylan the Dog (@raylan_the_dog) on

Raylan yang comel berperanan sebagai bapa kepada sekumpulan anak kucing yang comel-comel belaka, dengan menjaga serta menyayangi mereka sehingga semua anak kucing ini diadopsi dan mendapat rumah baru.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raylan the Dog (@raylan_the_dog) on

Anak kucing ini biasanya kehilangan ibu mereka atau ditinggalkan oleh bekas pemilik dan terdapat banyak haiwan terbiar seperti ini di dunia yang mengalami nasib yang sama. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raylan the Dog (@raylan_the_dog) on

Nasib baik ada anjing penyayang seperti Raylan dan orang baik hati seperti pemiliknya yang berusaha menyelamatkan si comel dan menemukan mereka dengan bakal rumah penyayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raylan the Dog (@raylan_the_dog) on

“Raylan anjing yang sangat pintar, selalu bersikap ingin tahu dan sukakan pengembaraan. Saya mendapat tahu bahawa dia menyukai kucing ketika kami membawa kucing angkat pertama kami kira-kira 6 tahun yang lalu, ketika Raylan berusia 3 tahun. Dia segera ingin bermain dengan anak kucing itu dengan hatinya yang sangat sabar dan baik sekali. Sekarang kucing itu adalah jiran kami dan mereka sering bertemu sebagai sahabat yang baik,” kata pemiliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raylan the Dog (@raylan_the_dog) on

Raylan diadopsi dari pusat perlindungan haiwan di mana dia harus dilupuskan. Tiada orang yang mahukannya kerana dia sangat lincah dan tidak dilatih menjadi anjing yang baik, tetapi jelas sebenarnya tiada orang yang benar-benar berusaha untuk melatih dan memahami sikapnya yang penyayang.

Kini Raylan telah menjaga lebih daripada 60 anak kucing dalam 9 tahun perjalanan kehidupannya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raylan the Dog (@raylan_the_dog) on

“Dia selalu mencuci dan mengusap bulu mereka, bermain dengan mereka, dan membawa mereka berjalan-jalan keliling rumah. Dia juga akan menghentikan mereka jika anak kucing ini mahu mencakar atau menggigit sofa,” jelas pemiliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raylan the Dog (@raylan_the_dog) on

Ketika anak-anak kucing pergi menemui rumah baru, Raylan nampaknya bersikap bersahaja dan dia tidak bersedih, tetapi setelah beberapa minggu jika tiada seekor anak kucing yang datang menerima perlindungan, maka dia akan mula berasa resah dan sedih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raylan the Dog (@raylan_the_dog) on

Ketika si comel datang, Raylan mula ceria kembali dan bersemangat kerana itu adalah hari kegemarannya, dan dia dapat menjaga kesemua anak kucing tersebut seperti anaknya sendiri sebelum mereka diserahkan kepada pemilik yang berhak.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular