Mengenangkan jasa jirannya dahulu, seorang pemuda berusia 23 tahun bernama Thinagaran memutuskan untuk mengajak jirannya yang berbangsa Cina tinggal dengannya.

Pemuda tersebut difahamkan tinggal bersama neneknya, Kamala di tingkat dua sebuah rumah teres yang mereka sewa di Kubang Buaya, Kuantan.

Walaupun hanya meraih pendapatan sebanyak RM1,500 hingga RM1,700 sebulan, ia tidak menghalang niat murni Thinagaran untuk membantu jirannya.

Bekerja dalam industri pembinaan, Thinagaran hanya memperolehi sekitar RM50 hingga RM60 sehari bagi menyara diri dan neneknya.

Sungguhpun tidak memiliki wang yang banyak untuk menampung perbelanjaan, dia tetap mengambil inisiatif untuk mengajak jirannya berusia 87 tahun untuk menetap bersama.

Dan kini sudah 10 tahun mereka tinggal bersama..

Sin Chew Daily

Jelas pemuda itu, dia telah kehilangan bapanya sejak kecil lagi dan mereka menetap di kawasan perumahan yang sama dengan jirannya, Pak cik Yap.

Walau bagaimanapun, kawasan perumahan tersebut telah pun dimusnahkan beberapa tahun yang lalu. Oleh itu kerana itulah, dia mengajak Pak cik Yap tinggal dengannya.

Tambah Thinagaran, Pak cik Yap sudah dianggap seperti bapanya ketika dia dan kakaknya masih kecil. Pak cik Yap adalah insan yang menjaga mereka.

“Saya membesar di bawah jagaannya. Dia mengajar saya bertukang dan juga menghantar saya ke sekolah”, cerita Thinagaran.

Sin Chew Daily

Pemuda itu sebelumnya bekerja di sebuah kedai tayar namun kemalangan empat tahun lalu menyebabkan tulang kaki kirinya patah.

Setelah menjalani pembedahan pemasangan besi, agak sukar baginya untuk terus bekerja di kedai tayat tersebut.

Daripada gaji RM2,200, Thinagaran hanya mendapat RM1,500 sahaja sebulan setelah bekerja sebagai pekerja pembinaan.

Neneknya mendapat bantuan kebajikan daripada kerajaan RM350 sebulan namun ia masih tidak mencukupi – RM400 untuk sewa rumah, RM100 untuk utiliti, makanan dan pelbagai lagi.

Sin Chew Daily

Oleh itu, Thinagaran terpaksa berkerja sambilan yang lain untuk memastikan wang mereka sentiasa mencukupi.

Mujurlah tahap kesihatan neneknya dan juga Pak cik Yap dalam keadaan yang baik dan sihat. Cuma neneknya menghidapi masalah asma yang tidak begitu teruk.

Sementara kaki Pak cik Yap pula agak lemah dan dia tidak mampu berjalan untuk tempoh yang lama. Pak cik Yap masih bujang dan tidak pernah berkahwin. Adik beradiknya pula telah meninggal dunia.

Pak cik Yap cuba memohon kewarganegaraan dan dia hanya mempunyai kad pengenalan merah kerana sudah terlupa nama ibu bapanya.

Sin Chew Daily

Dalam tempoh 10 tahun mereka tinggal bersama, ramai individu yang melemparkan tohmahan tidak berasas pada Kamala.

Mereka mengatakan bahawa Pak cik Yap itu adalah kekasihnya. Sungguhpun begitu, ia tidak sedikit pun menghalangnya daripada terus membuat kebaikan.

Walaupun mereka langsung tidak mempunyai sebarang pertalian darah, ternyata ikatan antara mereka bertiga adalah lebih erat daripada ahli keluarga.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular