Tragedi menimpa empat sekawan di mana mereka yang tidur di dalam kereta mengalami keracunan apabila menghidu gas karbon monoksida.

Dua daripada gadis terbabit, Sharifah Fariesha Syed Fathi dan Ayuni Shazwanie Shabri masing-masing berusia 21 tahun dilaporkan meninggal dunia ditempat kejadian dan Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Wan Elee/Facebook

Ia kemudian disusuli dengan mangsa ketiga, Nor Adilah Mohd Safwan yang turut meninggal dunia pada jam 4:23 petang pada 17 September di Hospital Angkatan Tentera Lumut.

Manakala seorang lagi daripada mereka iaitu kembar kepada Nor Adilah kini dalam keadaan kritikal dan masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, empat sekawan itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta.

Kesemuanya dipercayai tertidur di dalam kereta jenis Honda yang enjinnya tidak dimatikan sebelum lemas ekoran terhidu gas karbon monoksida.

“Siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kereta tersebut berhenti dan parkir di stesen minyak pada jam 8:30 malam”.

“Keempat-empat mereka keluar daripada kereta untuk membeli makanan dan masuk semula ke dalam kereta”, jelas Shafee.

Tambah Shafee, mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun dari Pulau Jerejak.

Kejadian berkenaan disedari oleh bapa kepada Ayuni, yang menemui kereta yang dinaiki anaknya di lokasi kejadian.

Lelaki itu difahamkan keluar mencari anaknya yang tidak pulang ke rumah selepas kali terakhir menghantar mesej ibunya pada jam 9:15 malam.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular