Warga emas berusia 88 tahun dari Taiwan ini masih gigih bekerja menjual taufu fa dengan harga yang berpatutan demi kelangsungan hidup. 

Namun tanpa disangka, terdapat anak muda tidak bertanggungjawab dengan tanpa rasa simpati telah membatalkan pesanan yang dibuatnya dan cabut lari, sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan netizen.

Warga emas ini dan isterinya bergantung hidup dengan mata pencarian sebagai penjual taufu fa di Tainan, yang dijual pada harga 4.60 yuan (RM 2.80) secawan selama lebih 40 tahun. 

Tainan Breaking News Commune/Facebook

Datuk yang sudah tua ini hanya dapat menjual 40 cawan taufu fa dalam sehari dengan pendapatan harian kira-kira 200 yuan (RM122) dan mungkin kurang daripada itu setelah ditolak kos perniagaan.

Pada 5 September, seorang netizen menularkan berita mengenai datuk ini dalam kumpulan Facebook “Tainan Breaking News Commune”, dengan mengatakan pada hari itu ketika dia sedang mengisi separuh cawan taufu fa dengan pesanan besar yang diminta pelanggannya, taufu fa itu ditinggalkan kerana katanya harga itu terlalu mahal untuk dibayar.

Kejadian itu turut menarik perhatian Datuk Bandar Tainan, Huang Weizhe yang secara khusus memihak kepada warga emas ini lalu bertindak untuk membeli kesemua jualan taufu fa pada hari itu.

“Kegigihan warga emas ini telah menyentuh hati saya dan semua orang,” katanya. 

Tanpa disangka, pelanggan yang disyaki mempermainkan pesanan mereka pada hari itu telah ‘tampil’ di laman Facebook tersebut dan meninggalkan mesej dengan mengaku kesalahannya bahawa dia adalah pelaku yang menyusahkan penat jerih datuk ini mencari rezeki.

“Saya dan rakan sekelas biasa berada di kawasan itu untuk makan percuma. Datuk itu kelihatan sangat jujur mencari wang. Dia ditipu oleh kami yang menyuruhnya meletak lebih taufu fa. Dia juga tidak memerhatikan jika wangnya untuk membeli kacang soya boleh dicuri.”

Netizen ini menulis pada hari kejadian, dia dan rakan sekelasnya mencabar sesama sendiri untuk meninggalkan pesanan besar yang dibuat dengan meminta datuk itu meletakkan lebih taufu fa dalam cawan, sambil sengaja bertanya berapa harganya secawan. Selepas datuk ini berkata harganya RM2.80 secawan, mereka berkata ia terlalu mahal, lalu mengucapkan selamat tinggal kepadanya dan melarikan diri tanpa membeli 20 cawan taufu fa yang telah dipesan dan diisi.

“Dia tidak memberi reaksi dan kami telah ketawa terbahak-bahak,” tulisnya.

Netizen ini mengaku bahawa dia adalah pelajar di Sekolah Menengah Qingshui di Taichung. Semasa cuti musim panas, dia telah pergi ke Tainan untuk mengenakan ‘prank’ kepada penjual taufu fa itu. 

Tainan Breaking News Commune/Facebook

Gurauan melampau yang tidak dapat dijelaskan menyebabkan sebilangan besar netizen mengecam dan menjadi amat marah kepada sekumpulan remaja yang tidak bersimpati dengan kesusahan orang lain.

Namun, pihak sekolah menyatakan bahawa akaun pelajar tersebut telah digodam sebelumnya dan tidak lagi aktif. Kes tersebut sedang disiasat dan diserahkan kepada polis Tainan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular