Kebelakangan ini, negara kita dilihat menerima taburan hujan yang agak lebat dan berpanjangan di mana ia turut menyebabkan banjir.

Di tambah dengan saliran longkang dan sungai yang dipenuhi dengan sampah sarap, ia ternyata memburukkan lagi keadaan ini.

Berikut foto yang dikongsikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di laman Twitter :

Terdahulu pada tahun lalu, selebriti Maya Karin memuat naik satu swafoto dirinya berlatar belakangnya sampah sarap.

@DID_Malaysia/Twitter

“Antara punca banjir, sampah dibuang sewenang-wenangnya.. Longkang dan saluran air kena block dengan sampah. Ok, takpe. Teruslah buang sesuka hati. Tanggunglah nanti”, tulisnya.

Selepas lebih setahun. Tidak banyak yang berubah. bukan?

@DID_Malaysia/Twitter

Tidak malukah kita dengan sikap begini? Jelas kita dapat lihat sumber sampah-sampah itu datangnya daripada tangan manusia sendiri.

Sedangkan haiwan yang tidak mempunyai akal sekalipun tidak melakukan tindakan tidak bermoral sebegini.

Ini pula foto selepas sisa sampah tersebut dibersihkan :

@DID_Malaysia/Twitter

Atau kita semua mahu satu hari nanti persekitaran indah yang kita nikmati sekarang dicemari dengan timbunan sampah? Tepuk dada, tanya selera.

Jika kita boleh salahkan pengilang yang membuang sisa ke sungai, bukankah kita juga perlu bertanggungjawab terhadap sampah sarap yang menyekat saliran lantas menjadi punca banjir?

Maybe you're interested :

Share

Video Popular