Dalam satu kenyataan, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menguar-uarkan mengenai seorang kakitangan mereka yang bertugas di ibu pejabat JKR telah disahkan positif COVID-19.

Individu berkenaan walau bagaimanapun telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut.

Menurut kronologi perjalanan, individu terbabit dilaporkan hadir ke pejabat antara 7 hingga 9 September lalu.

Berikut merupakan perinciannya :

  • 10 September  – Hadir pada sesi penggulungan Perbahasan Keputusan Diraja (Dewan Negara) di Parlimen dan Mesyuarat Perwartaan Jalan, di Bilik Tanjung, Blok A, Kementerian Kerja Raya.
  • 11 September – Hadir ke pejabat
  • 12 hingga 13 September – Berada di rumah
  • 14 September – Dia tiba di pejabat pada jam 8 pagi sebelum bertolak ke Kuching, Sarawak pada jam 11 pagi untuk menghadiri mesyuarat di JKR Sarawak.

         *Ujian saringan swab telah dijalankan padanya di lapangan terbang Kuching.

  • 16 September – Semasa mahu pulang ke Kuala Lumpur, dia telah dihubungi oleh pihak Hospital Umum Sarawak berkenaan dengan hasil ujian saringannya yang positif.

Pihak JKR walau bagaimanapun telah mengemukakan senarai nama kontak rapat kes ini kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kesemua kontak rapat dalam kalangan kakitangan di ibu pejabat JKR terbabit telah dan akan menjalani saringan kesihatan serta dikuarantinkan.

Langkah proaktif juga telah diambil oleh JKR dengan menjalankan proses disinfeksi terhadap ruang pejabat dan kawasan sekitarnya.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular