Malang buat individu bernama Yuva Nathan apabila dia dan rakannya dilanda tragedi yang tidak disangka dalam perjalanan mereka menuju ke Kuala Terengganu.

Kisah itu dikongsi sendiri oleh Yuva di laman Facebook dan ia ternyata telah membuatkan ramai yang tersentuh.

Semasa dalam perjalanan iaitu di Temerloh, Yuva dan rakannya ternampak lutung (Dusky Leaf Monkey) yang mahu melintasi jalan raya.

Mereka walau bagaimanapun sempat mengelak daripada melanggar lutung tesebut namun dengan tidak semena-mena, lutung tersebut berlari dan melanggar kereta mereka.

Mujurlah lutung tersebut masih hidup sebaliknya mereka mula perasan pelanggaran itu menyebabkan kerosakan pada kereta yang mereka naiki.

Mereka singgah di R&R Temerloh untuk memeriksa keadaan kereta dan mendapati terdapat banyak bahagian yang perlu dibaiki.

Nombor plat kereta mereka tercabut, bumper pula terjatuh sedikit selain terdapat kebocoran air pada kereta terbabit.

Semasa mereka memeriksa kereta, terdapat beberapa orang pemuda yang berhampiran bertanyakan tentang apa yang berlaku dan meminta untuk memeriksa kerosakan pada kereta.

Mereka sebenarnya merupakan mekanik dan mujurlah pada ketika itu, mereka turut mempunyai kelengkapan dan peralatan untuk kerja pembaikian.

Segala kerosakan kereta itu dapat dibaiki dalam tempoh dua jam, di mana radiator dibaiki, bar pada kereta yang bengkok turut diluruskan selain meletakkan bumper kembali di tempat asal.

Yuva dan rakannya sangat bersyukur atas pertolongan mereka dan kemudian turut memberikan wang pada mereka.

Namun para mekanik terbabit enggan menerimanya dengan berkata, “Tak apa, kita ikhlas tolong.  Mana boleh tolong, kita tolong”.

Yuva kemudian turut meletakkan wang pada tempat duduk pemandu kereta mekanik tersebut namun salah seorang daripada mereka memulangkan ia semula padanya.

“Insan sebegini membuatkan saya percaya bahawa negara kita masih ada harapan. Bantu selagi kita semua mampu dan bersungguh dalam melakukannya”.

“Terima kasih Abang Rizal dan Azam atas pertolongan yang diberikan”, luah Yuva di laman Facebook yang turut mempromosikan AR Motorsport di Kuantan.

Kisah sebegini ternyata memberi teladan buat kita semua agar sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Buat baik, dibalas baik bukan?

 

 

 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular