Kucing seringkali dianggap sebagai peneman yang baik untuk manusia. Hal ini kerana kucing dikatakan memiliki ‘kuasa’ untuk menghiburkan manusia, meningkatkan mood dan juga menjadikan seseorang lebih ceria dan gembira. Disebabkan itulah ramai manusia cenderung untuk menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan di rumah mahupun di pejabat. Kecomelan dan keletah kucing yang pelbagai pastinya membuatkan setiap manusia mengukirkan senyuman.

Seperti kucing comel yang baru-baru ini menjadi bualan hangat pengguna Facebook apabila videonya berbaring di atas kerja sekolah tuannya menjadi tular. Dalam video berdurasi 1 minit yang sehingga kini berjaya meraih lebih 57,000 tanda suka, kelihatan bagaimana seorang budak lelaki yang sabar melayani kerenah kucing kesayangannya sambil menyiapkan kerja sekolah.

Meskipun tindakan kucing ini yang berbaring di atas buku membuatkan kerja tuannya tergendala, budak lelaki ini tetap meneruskan kerja tanpa mengganggu ruang tidur si kucing. Penyabarnya! Nasib baik comel!

Malah, semakin disentuh-sentuh, semakin kucing ini lena tidur di atas kerja sekolah tuannya. Enggan berenggang langsung! Agaknya si comel ini berpendapat tuannya ingin ditemani ketika menyiapkan kerja sekolah, justeru kucing ini enggan beralih dari kawasan tersebut.

Pada penghujung video, terdapat satu detik yang melucukan di mana kucing ini kelihatan seperti menghulurkan kaki hadapannya lantas disambut oleh budak lelaki tersebut. Sememangnya kedua-dua pasangan ini saling menyayangi antara satu sama lain. Sambil menyiapkan kerja sekolah menggunakan tangan kanan, tangan kiri pula memegang kucingnya yang manja itu. Romantis sungguh!

Beruntung betul dapat kucing yang manja dan tuan yang penyayang seperti ini. Geram! Warganet juga rata-ratanya memberikan pelbagai respon di ruangan komen. Antaranya:

“Saya fikir kucing itu sedang menikmati belaian lembut yang diberikan oleh budak kecil itu”.

“Video ini membuatkan saya mengingati kucing saya yang bernama Rocky. Rocky kini tiada lagi. Saya sangat rindukannya”.

“Budak ini lelaki ini adalah seorang yang sangat penyayang. Suatu hari nanti, dia akan menjadi suami yang terbaik”.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular