Ada orang berkata generasi masa kini lebih mementingkan diri sendiri dan sikap perikemanusiaan itu semakin berkurangan, namun ini tidak bermakna tiada lagi orang yang baik hati berada dalam kalangan anda.

Maka jangan terkejut apabila tanpa disangka anda terserempak dengan jejak baik hati orang ini tanpa mengenali siapa gerangannya.

Individu tidak dikenali dari Johor Bahru ini membuat keputusan untuk membantu netizen M Dzulfiqri M Nasir, yang kupon parkirnya telah tamat tempoh masa dan dia berisiko dikenakan saman oleh penguatkuasa majlis perbandaran.

M Dzulfiqri M Nasir/Facebook

M Dzulfiqri M Nasir memuat naik satu gambar di Facebook yang menunjukkan bagaimana seorang individu baik hati tidak dikenali telah meletakkan kupon parkir baru di cermin depan keretanya supaya dia tidak dikenakan saman ekoran kupon parkir yang dipamerkan telah tamat tempoh masa.

Dzulfiqri menulis, “Tidak semua wira itu memakai mantel! Menyedari kupon parkir saya telah tamat, seorang baik hati telah menggoreskan yang baru dan meletakkannya di cermin depan kereta saya. Sekiranya secara kebetulan anda membaca ini, saya ingin mengatakan anda seorang yang hebat!”

Siapa yang meletakkan kupon parkir di cermin depan kereta M Dzulfiqri ini pasti memahami bagaimana rakyat Malaysia akan bersatu padu jika ia membabitkan saman kesalahan meletak kenderaan. 

Tiada salahnya untuk menyumbangkan sesuatu kepada orang yang tidak anda kenali dengan kemurahan hati sendiri, kerana ia akan membuat anda berasa sangat senang dan tenang di dalam hati.

Syabas kepada anda, insan baik hati tidak dikenali…

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular