Satu kluster COVID-19 baharu yang dinamakan Kluster Pulau telah dikesan di Kunak, Sabah, melibatkan seorang wanita 68 tahun yang menjangkiti lapan orang ahli keluarganya.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), wanita tersebut (kes ke-9940) ditemui tidak sedarkan diri di rumah.

Beliau kemudian dibawa ke Hospital Kunak dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Tawau bagi mendapatkan rawatan serangan jantung strok dan penyakit hati.

Ujian saringan COVID-19 yang dijalankan padanya juga didapati positif 13 September lalu. Kini beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif mendapati lapan lagi kes positif COVID-19 telah dikesan, iaitu keluarga kepada kes indeks.

Sejumlah 128 individu (109 warganegara dan 19 bukan warganegara) telah disaring dalam kluster ini setakat 15 September.

Hasil ujian saringan adalah seperti berikut :

  • 9 kes dikesan positif COVID-19
  • 18 individu negative
  • 101 individu masih menunggu keputusan

KKM juga menjelaskan bahawa langkah pencegahan penularan jangkitan telah dijalankan di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti, termasuklah proses nyah kuman dan pembersihan.

Aktiviti pengawalan penularan jangkitan bagi kluster ini sedang giat dijalankan di lapangan. Walau bagaimanapun, punca jangkitan masih dalam siasatan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular