KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang menjadi bualan hangat warganet di media sosial setelah videonya menunggang motosikal dengan menggunakan kaki telah direman pada Isnin, 14 September 2020.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya memaklumkan bahawa individu berusia 36 tahun itu telah menyerahkan dirinya di Balai Polis Trafik Jalan Bandar dan ditahan reman bermula Ahad.

Berdasarkan hasil siasatan, suspek juga disahkan positif dadah jenis ganja dan pihak polis akan meneruskan siasatan kes di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menerusi video berdurasi 41 saat yang tular di Facebook itu, dapat dilihat seorang lelaki yang melakukan aksi bahaya di atas jalan raya dengan menggunakan kakinya untuk mengawal pemegang motosikal sementara tangannya pula memegang bungkusan air.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Kuching, Kuala Lumpur dan meraih pelbagai reaksi daripada warganet.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular