CALIFORNIA – Sehingga kini kebakaran hutan yang melanda California dikatakan telah menjangkau lebih daripada 800,000 hektar kawasan yang terbakar. Ekoran bencana itu ramai penduduk mula meninggalkan kediaman masing-masing bagi menyelamatkan diri.

@NatureisScary/Twitter

Tidak hanya itu, selain kebakaran berlaku juga kejadian puting beliung di kawasan yang sedang marak terbakar itu dan kejadian itu telah terakam melalui kamera yang berada pada trak bomba.

Di dalam video tersebut jelas menunjukkan berlakunya kejadian luar biasa, ‘Firenado’ iaitu kebakaran ditambah dengan kejadian puting beliung.

@NatureisScary/Twitter

Sementara itu, Oregon dan Washington juga terus berhadapan dengan kebakaran dahsyat itu yang membakar ribuan ekar tanah hutan setiap hari.

Dalam usaha memadam kebakaran California telah menggerakkan lebih daripada 14,100 orang anggota bomba ke 24 buah lokasi kejadian.

Kebakaran hutan California yang dahsyat telah memaksa Perkhidmatan Hutan AS untuk menutup 18 hutan negeri dan Gabenor California, Gavin Newsom juga telah mengisytiharkan keadaan darurat di beberapa daerah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular