Umumnya habitat koala adalah di kawasan hutan eucalyptus di bahagian Tenggara dan Timur Laut Australia.

Mereka banyak menghabiskan masa untuk tidur dan juga makan. Kejadian kebakaran hutan sebelum ini telah banyak memusnahkan habitat dan sumber makanan mereka.

Baru-baru ini, seorang penunggang motosikal melalui sebatang jalan, di mana di kiri dan kanannya dipenuhi dengan pokok-pokok.

ViralHog/YouTube

Namun terdapat sesuatu yang mencuri perhatiannya, di mana dia ternampak seekor anak koala sedang berusaha memanjat batu di tepi jalan berkenaan.

Kejadian yang berlaku di Mouth Lofty itu membuatkan penunggang berkenaan berasa kasihan lalu berhenti kerana mahu membantunya.

Pada mulanya, anak koala tersebut kelihatan agak takut dan teragak-agak apabila penunggang itu menghampirinya.

Tetapi penunggang motosikal berkenaan tidak mahu berputus ada dan dilihat cuba meyakinkan anak koala tersebut untuk mempercayainya.

ViralHog/YouTube

Kelihatan anak koala itu kemudian menghidu bau sarung tangan penunggang itu. Mungkin dengan cara itu, anak koala tersebut tahu bahawa insan tersebut berniat baik.

Tidak lama selepas itu, anak koala berkenaan dilihat memanjat batu dan insan berhati mulia berkenaan turut bantu menolak tubuhnya ke atas.

Lihat videonya :

Misi berjaya! Setelah anak koala itu berjaya ‘mendaki’ batu berkenaan, ia sempat berhenti dan memandang semula ke arah penunggang tersebut seakan mahu berterima kasih.

Sempat juga penunggang tersebut melambai ke arahnya.. Terima kasih buat penunggang motosikal, anda memang insan yang penyayang dan hebat!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular