Terdapat banyak anjing di pusat perlindungan haiwan yang sangat mengharapkan perhatian dan kasih sayang pemilik baru.

Seekor anjing bernama Speck di Bullock County Animal Adoption Center di Alabama, Amerika Syarikat telah menunggu selama hampir dua tahun untuk mendapatkan pemilik baru yang sudi menyayangi, namun tiada siapa pun yang mahu menerimanya. 

Allie’s Hope For Paws Dog Rescue/Facebook

Speck begitu mahu menemani tuan barunya, lalu dia berusaha mendapatkan perhatian itu ketika setiap kali seseorang berjalan di depan kandangnya. Maka dia akan berlari ke hadapan pintu kandang dan mohon dibelai.

Allie’s Hope For Paws Dog Rescue/Facebook

Selama mana ada orang yang berjalan di hadapan kandang Speck, maka dia akan berusaha mendapatkan perhatian dengan renungan mata simpatinya sambil menghulurkan kepala dan tangan, dengan harapan seseorang dapat menyentuh dan menyapa.

Allie’s Hope For Paws Dog Rescue/Facebook

Kakitangan pusat perlindungan berkata Speck memiliki masa lampau yang menyedihkan. Speck sudah biasa menjadi anjing terbiar yang berkeliaran di jalanan. 

Allie’s Hope For Paws Dog Rescue/Facebook

Walaupun telah banyak menderita, Speck masih mengharapkan kasih sayang manusia dan mereka yang patut menghargai kehadiran haiwan untuk dibelai.

Allie’s Hope For Paws Dog Rescue/Facebook

Organisasi perlindungan haiwan Allie’s Hope For Paws Dog Rescue telah tertarik dengan kepintaran Speck dan berjaya menemukan keluarga baru yang sesuai untuknya. 

Allie’s Hope For Paws Dog Rescue/Facebook

Kini Speck ditemani dua ekor anjing lain di kediaman baru, jadi mereka mampu saling menyayangi dan hidup dengan bebas di ladang milik tuan barunya.

Speck berusaha dengan gigih untuk mendapatkan perhatian pelawat di rumah perlindungan dan akhirnya menemui keluarga barunya.

Selain Speck, terdapat banyak haiwan lain di pusat perlindungan haiwan yang inginkan perhatian dan kasih sayang. Mereka mungkin tidak aktif dan peramah seperti Speck, tetapi semuanya mengharap menjadi haiwan peliharaan yang akan disayangi pemilik setelah diadopsi.

Maka cara mengadopsi haiwan anjing atau kucing di pusat perlindungan haiwan itu mungkin cara yang lebih baik daripada membeli. 

Berikan lebih banyak peluang kepada si comel yang sudah sedia ada menunggu untuk mendapat perhatian dan kasih sayang anda.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular