Semua sedia maklum untuk mengetahui bahawa kereta Perodua Kelisa jenis yang tahan lasak. Oleh itu, jangan sesekali memandang rendah kekuatan dan kuasa Kelisa!

Seorang pengguna Facebook bernama Afi berkongsi video kawasan di Kuala Lumpur mengalami banjir kilat pada petang 10 September, ketika tiba-tiba sebuah kereta Perodua Kelisa meredah laluan banjir dengan mantap dan selamba, lalu aksi pemandu itu begitu pantas menjadi tular dengan lebih 1 juta tontonan.

Facebook | Afi

“Penampakan seekor ikan Kelisa yang sangat ‘rare’ selepas hujan lebat sebentar tadi,” tulis Afi di Facebook.

Banjir kilat tidak menghalang perjalanan pemandu Kelisa ini untuk bergerak dengan lancar menuju ke dataran kering.

Facebook | Afi

Rakaman video berdurasi 40 saat itu turut menyaksikan orang ramai yang terkandas kerana banjir menjadi penonton yang bersorak memberi sokongan ke atas tekad Kelisa ini bergerak maju menyahut cabaran dengan jayanya.

Orang ramai gamat bersorak dan bertepuk gembira ketika Kelisa ini akhirnya berjaya melintas laluan air bah itu untuk menggapai ke jalan kering.

Facebook | Afi

Namun begitu, mungkin kita tidak perlu terlalu gembira kerana jika diperhatikan bahawa kemungkinan anda berjaya memandu melepasi lebih dari 0.15 meter air, tetapi akan menyebabkan ekzos dimasuki air lalu merosakkan enjin kereta anda.

Di samping jika nasib anda tidak begitu baik, tindakan ini boleh menyebabkan kereta kehilangan kawalan atau tidak boleh bergerak lalu membahayakan keselamatan pemandu serta penumpang di dalam.

Facebook | Afi

Jangan mencuba aksi ini sekiranya anda bukan pemandu yang berpengalaman atau duit poket anda tidaklah banyak untuk membaiki kerosakan enjin kenderaan.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share

Video Popular