Penyanyi, Sandra Dianne yang terbabit dalam kemalangan Sabtu lalu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya, awal pagi Jumaat, 11 September.

Khabar duka itu dimaklumkan oleh rakan penyanyi, Sufie Rashid menerusi akaun peribadinya di Instagram.

“Selamat pulang ke Rahmatullah sahabatku. Anda seorang rakan baik yang mempunyai hati yang mulia. Terima kasih sebab beri saya peluang untuk sepentas dengan awak.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @sufierashid on


sufierashid/Instagram

“Semoga awak tenang di sana. Innalillahiwainnailaihirajiun,” tulis Sufie.

Memetik laporan Harian Metro, jenazah akan dibawa pulang ke Sabah untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kauluan, Tuaran.

Terdahulu, Sandra yang popular dengan lagu “Hey! Kau” terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk mengikuti sesi latihan program realiti nyanyian Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sandra dilaporkan berada dalam keadaan koma selama 6 hari dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular