Seharian penat bekerja, sudah pasti tubuh kita memerlukan rehat yang mencukupi, bukan? Oleh itu, agak penting juga untuk kita menyediakan bilik tidur yang selesa.

Bukan sahaja mampu memberi ketenangan pada kita, bilik yang indah juga seolah-olah terapi buat diri kita.

Menyedari akan hakikat itu, seorang pengguna Twitter, @kaymanbeaustore ada berkongi beberapa barangan deko bilik tidur yang boleh dibeli di Shopee!

#1 Kerusi

@kaymanbeaustore/Twitter

Jika anda perasan, reka bentuk kerusi ini kian mendapat perhatian netizen. Ramai yang tercari-cari kerusi ini, bukan? Moden dan elegan!

#2 Rak penyangkut baju

@kaymanbeaustore/Twitter

Ianya tampak ringkas namun cukup menarik. Dengan ini, tidaklah baju anda berselerak lagi. Harganya pula sangat berpatutan.

#3 Penggantung beg

@kaymanbeaustore/Twitter

Pening tidak tahu di mana ingin simpan beg-beg tangan anda yang berlambak itu? Usah runsing, beli sahaja penggantung beg ini..

#4 Tapestry

@kaymanbeaustore/Twitter

Anda tentu perasan Youtuber yang kerap merakam video berlatar belakangkan dengan tapestry ini, bukan? Ianya kelihatan cantik. Gantungkan sahaja di dinding, maka berserilah bilik anda.

#5 Lantai vinil

@kaymanbeaustore/Twitter

Jika anda ingin ubah lantai lama anda, bolehlah beli lantai vinil ini. Ianya jauh lebih murah berbanding dengan kos pengubahsuaian tetap. Manakala hasilnya agak mengagumkan.

#6 Cadar

@kaymanbeaustore/Twitter

Pemilihan cadar juga agak penting ya. Selain daripada selesa, ianya juga haruslah indah mata memandang. Banyak juga pilihan corak-corak yang menarik.

#7 Troli serbaguna

@kaymanbeaustore/Twitter

Memang berguna troli sebegini. Bolehlah anda letakkan barang-barang penting – misalnya barang anak-anak atau rempah ratus di dapur atau pelbagai lagi.

#8 Pelindung tilam

@kaymanbeaustore/Twitter

Demi menjaga kebersihan tilam kita daripada terkena tumpahan air, kotoran mahupun apa sahaja, maka wajiblah dapatkan pelindung tilam ini.

#9 Hiasan grid dinding

@kaymanbeaustore/Twitter

Ia boleh digunakan untuk menceriakan dinding-dinding di bilik anda ataupun di mana-mana dinding di rumah. Sudah pasti dinding anda tidak kelihatan membosankan lagi selepas ini…

#10 Lampu ‘fairy’

@kaymanbeaustore/Twitter

Lampu ini sememangnya sudah mendapat tempat di hati kita semua. Lampu yang minima sebegini ternyata memberi mood tenang jika kita berada di bilik, bukan?

#11 Lampu jalur LED

@kaymanbeaustore/Twitter

Lampu jenis ini juga makin meningkat popular dalam kalangan pengguna. Lebih mengujakan apabila lampu ini boleh bertukar-tukar warna mengikut pilihan kita!

#12 Lampu projektor

@kaymanbeaustore/Twitter

Lampu ini juga agak unik kerana dilengkapi dengan Bluetooth untuk anda mainkan lagu di samping menikmati sinaran lampu bak langit dipenuhi kilauan bintang-bintang di malam hari.

#13 Meja belajar

@kaymanbeaustore/Twitter

Untuk memudahkan anda membuat kerja di rumah, eloklah dapatkan meja ini. Selain digunakan untuk belajar ataupun melakukan kerja, anda juga boleh gunakannya sebagai meja solek jika anda kreatif.

#14 Kotak simpanan pakaian dalam 

@kaymanbeaustore/Twitter

Ini pun berguna juga untuk kita semua. Tidaklah laci pakaian kita bersepah di dalamnya dengan adanya benda ini, bukan?

#15 Pelindung kabel

@kaymanbeaustore/Twitter

Untuk elakkan kabel khususnya kabel pengecas telefon bimbit anda berselerak di atas lantai, anda boleh dapatkan ini. Tersusun je nanti.

#16 Permaidani

@kaymanbeaustore/Twitter

Kaki pun haruslah rasa selesa apabila memijak lantai, bukan? Oleh itu, dapatkan permaidani sebegini dengan harga yang lebih berpatutan.

#17 Laci

@kaymanbeaustore/Twitter

Untuk bilik yang kemas dan rapi, laci seperti ini diperlukan. Harganya pula agak murah berbanding di kedai. Cumanya, anda harus pandai memasangnya sahaja.

#18 Bekas penyimpan produk penjagaan muka

@kaymanbeaustore/Twitter

Bilik yang indah adalah bilik yang kemas. Oleh itu, jika anda memiliki produk penjagaan muka yang banyak, eloklah membeli bekas ini.

#19 Bekas simpanan gincu

@kaymanbeaustore/Twitter

Begitu juga dengan produk kosmetik seperti gincu. Jika anda rungsing mahu simpankannya, dapatkan sahaja bekas ini.

#20 Langsir

@kaymanbeaustore/Twitter

Jika anda tercari-cari langsir untuk digantikan pada bilik anda itu, bolehlah godek langsir di Shopee.

#21 Tirai

@kaymanbeaustore/Twitter

Kalau tidak mahu pasang langsir, dapatkan sahaja tirai ini. Lebih mudah dan kelihatan kemas.

#22 Kipas

@kaymanbeaustore/Twitter

Bilik kalau tiada kipas, bukanlah bilik namanya.

#23 Pendingin udara

@kaymanbeaustore/Twitter

Jika panas pula, anda bolehlah dapatkan pendingin udara mudah alih sebegini.

#24 Kotak lampu perkataan

@kaymanbeaustore/Twitter

Memang comel. Selain digunakan sebagai lampu, anda juga boleh hasilkan apa-apa mesej padanya misalnya ‘I Love U’ untuk suami anda.

#25 Hiasan dinding berkonsepkan Nordic

@kaymanbeaustore/Twitter

Selain dapat menghiasi dinding di rumah, anda juga boleh meletakkan dekorasi hiasan mini padanya. Dua dalam satu!

#26 Jam

@kaymanbeaustore/Twitter

Untuk memudahkan anda mengetahui waktu semasa, jam adalah jawapannya. Untuk kelainan, anda boleh dapatkan jam digital sebegini.

#27 Vakum penyedut hama

@kaymanbeaustore/Twitter

Bukan hanya cantik, bilik juga haruslah bersih terutamanya habuk atau hama yang halus. Dapatkan vakum ini..

#28 Penyangkut baju dan seluar

@kaymanbeaustore/Twitter

Untuk jimatkan ruang di dalam almari, penggunaan penyangkut baju dan seluar sebegini ternyata adalah penyelamat anda!

#29 Beg simpanan kalis habuk

@kaymanbeaustore/Twitter

Beg yang disangkutkan ini boleh digunakan untuk menyimpan beg-beg tangan anda, malah beg anda juga tidak akan berhabuk.

#30 Cermin

@kaymanbeaustore/Twitter

Selain memudahkan urusan kita untuk bersiap, cermin juga adalah dekorasi penting untuk mengindahkan sesuatu ruang, bukan?

#31 Vakum

@kaymanbeaustore/Twitter

Vakum ringkas yang mudah dipegang sebegini adalah penyelamat untuk mereka yang malas menggunakan penyapu.

#32 Kertas dinding

@kaymanbeaustore/Twitter

Alternatif buat anda yang tidak begitu suka mengecat bilik atau rimas dengan bau cat, anda boleh dapatkan kertas dinding di Shopee.

#33 Lilin wangi

@kaymanbeaustore/Twitter

Jika sudah indah, bilik haruslah wangi, bukan?

#34 Bunga palsu

@kaymanbeaustore/Twitter

Untuk naikkan seri bilik, anda juga boleh hiaskan ruang bilik dengan bunga-bungaan sebegini. Lebih jimat jika dibandingkan dengan membeli bunga segar.

#35 Bantal

@kaymanbeaustore/Twitter

Terdapar perlbagai pilihan bantal berkualiti tinggi. Anda cuma tinggal untuk memilihnya sahaja. Tidak salah jika anda laburkan duit untuk keselesaan anda sendiri.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular