Bermula jam 12.01 pagi tadi, sebanyak 28 mukim daerah Kota Setar telah pun dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pentadbiran.

Ia membabitkan sejumlah 366,787 penduduk secara keseluruhannya dan dilaksanakan selepas mengambil kira kes peningkatan COVID-19 positif daripada Kluster Sungai dan Tawar.

Berikutan dengan itu, semua individu termasuk yang ingin keluar atau masuk untuk bekerja juga tidak dibenarkan di kawasan PKPD tersebut.

Berikut adalah mukim yang terlibat dengan PKPD Pentadbiran terbabit :

  1. Langgar
  2. Bukit Pinang
  3. Gunung
  4. Kuala Kedah
  5. Sungai Baru
  6. Kota Setar
  7. Mergong
  8. Titi Gajah
  9. Alor Malai
  10. Pengkalan Kudor
  11. Padang Lalang
  12. Kubang Rotan
  13. Teluk Cengai
  14. Teluk Kechai
  15. Pumpong
  16. Derga
  17. Tajar
  18. Limbong
  19. Tebengau
  20. Teluk Mas
  21. Lengkus
  22. Kangkong
  23. Lepai
  24. Hutan Kampung
  25. Alor Merah
  26. Anak Bukit
  27. Sala Kechik
  28. Padang Hang

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan ini adalah selaras dengan cadangan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Tambah beliau, prosedur operasi standard (SOP) di daerah tersebut adalah sama seperti SOP PKPD Pentadbiran yang lain.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) difahamkan akan melaksanakan sekatan jalan raya.

Kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di Bukit Kayu Hitam dihentikan sehingga tamat PKPD Pentadbiran di Kota Setar pada 25 September kelak.

Sementara semua institusi berkaitan pendidikan seperti taska, sekolah rendah, menengah dan universiti serta institusi latihan kemahiran ditutup.

“Hanya premis menyediakan perkhidmatan perlu seperti kedai makan, runcit, hospital, klinik dan stesen minyak sahaja dibenarkan beroperasi”.

Tambah Ismail Sabri, hanya ketua keluarga dan seorang individu daripada sebuah rumah sahaja dibenarkan keluar membuat pembelian.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular