Seorang budak lelaki berusia 13 tahun dari Thailand meninggal dunia setelah gurunya memaksa melakukan 100 lompatan ‘squat’ sebagai denda kerana tidak menyiapkan kerja sekolahnya.

The Nation Thailand melaporkan budak lelaki yang namanya tidak dinyatakan itu telah jatuh sakit pada 31 Ogos dan dikejarkan ke hospital pada 2 September. Pada keesokan harinya iaitu pada 3 September dia telah kembali ke sekolah.

Oleh kerana berada di hospital, maka dia tidak dapat menyelesaikan kerja sekolahnya. Namun, gurunya bertegas untuk mengenakan denda walaupun pelajar ini telah memberi alasan yang munasabah mengapa dia tidak dapat menyiapkan kerja sekolahnya.

Pexels/Gambar Hiasan

Guru itu tanpa rasa bertimbang rasa tetap telah memaksa pelajarnya untuk melakukan 100 kali lompatan ‘squat’.

Pada 4 September, budak lelaki itu telah jatuh sakit sekali lagi lalu masuk tidur lebih awal, namun malangnya dia tidak bangkit pada keesokan hari buat selama-lamanya.

Selepas dikejarkan ke hospital, doktor mengesahkan bahawa budak lelaki itu telah meninggal dunia dalam tidurnya pada kira-kira jam 3 pagi akibat kegagalan jantung.

The Nation Thailand

Masih tidak dapat dipastikan apa sebenarnya penyakit budak lelaki itu sehingga dia terpaksa menjalani rawatan di hospital, dan bagaimana keadaannya ketika dia kembali ke sekolah pada hari kejadian.

Selepas insiden tragis ini, pihak sekolah nampaknya telah menghubungi keluarga budak lelaki itu dan meminta maaf di atas apa yang berlaku dengan menyatakan pihak mereka bertanggungjawab sepenuhnya di atas kematian tersebut.

Namun, belum ada pengumuman mengenai siasatan yang sedang dijalankan serta tindakan yang telah diambil terhadap guru tersebut.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular