Seorang gadis berusia 23 tahun yang menetap di Amerika Syarikat (AS) menemui cara paling kreatif untuk menyalurkan bakat dan kemahirannya tatkala dikuarantin.

Daripada membuang plastik bungkusan makanan, Putri Samboda yang sedang mengikuti pengajian di Washington DC itu sebaliknya menjadikan ia sebagai sumber ciptaan fesyennya.

Kesemua hasil ciptaan fesyennya itu dimuat naik di laman Instagram miliknya, termasuklah kasut dengan pembalut gula-gula White Rabbit, topi daripada bungkusan beg kertas McDonald’s dan pelbagai lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Putri (@putrisamboda) on

putrisamboda/Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Putri (@putrisamboda) on

putrisamboda/Instagram

Gadis yang berasal dari Yogyakarta, Indonesia berkenaan mendedahkan bahawa dia memulakan aktiviti itu kerana berasa agak tertekan tinggal bersendirian ketika kuarantin di AS.

“Saya sebenarnya mula melakukan aktiviti ini sejak dua tahun lalu dan ianya menggunakan beg Khong Guan”.

Namun menurutnya, idea keseluruhan hasil ciptaan fesyennya itu menggabungkan fesyen mewah bersama dengan kebanyakan barangan tempatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Putri (@putrisamboda) on

putrisamboda/Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Putri (@putrisamboda) on

putrisamboda/Instagram

“Mulanya saya mahu membuang kasut Gucci saya tapi oleh kerana saya begitu sukakan aktiviti ini maka saya memberi nafas baru padanya, yang diberi nama ‘McLoafers”, jelasnya.

Dedah gadis itu, dia mendapat idea untuk menghasilkan kasut tersebut selepas memakan 20 ketul nuget ayam McDonald’s.

Lebih mengagumkan apabila Putri hanya belajar sendiri untuk menghasilkan ciptaan fesyennya itu. “Saya tidak mempunyai latar belakang fesyen”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Putri (@putrisamboda) on

putrisamboda/Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Putri (@putrisamboda) on

putrisamboda/Instagram

Oleh yang demikian, gadis itu mempelajari cara menjahit, membuat corak dan selebihnya lagi dipelajari sendiri menerusi tutorial di YouTube.

Setiap ciptaannya itu memakan masa selama beberapa hari untuk disiapkan sepenuhnya.

Idea memang mudah didapati namun masa untuk bereksperimen dengan pelbagai bahan agak memakan masa, bagi Putri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Putri (@putrisamboda) on

putrisamboda/Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Putri (@putrisamboda) on

putrisamboda/Instagram

“Ia bergantung kepada keadaan. Namun tempoh paling lama untuk saya hasilkan adalah skirt daripada guni beras. Ia memakan masa seminggu”.

Kebanyakan peminat fesyen meminta dia untuk menjual hasil fesyen uniknya itu.

“Saya sedang berfikir mengenainya. Ia mungkin memakan masa kerana saya mahu memastikan kualiti hasil kerja saya memenuhi standard”.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular