KUALA LUMPUR – Mahu menangkis tanggapan negatif terhadap dirinya, Datin Rosmah Mansor didakwa menyalurkan dana sebanyak RM100,000 sebulan untuk pasukan ‘cybertroopers’.

Perkara itu didedahkan oleh Pegawai Khas beliau, Datuk Rizal Mansor yang juga merupakan Saksi ke-21 perbicaraan kes solar hidrid membabitkan isteri bekas Perdana Menteri berkenaan.

Pembayaran kepada pasukan berkenaan dibuat oleh Rosmah secara tunai dan diberikannya sendiri.

Tambah Rizal, pasukan cybertroopers tersebut ditubuhkan pada tahun 2012, di mana beliau bertanggungjawab untuk memantau kandungan media sosial, termasuklah kritikan negatif.

“Pada 2012, saya telah menubuhkan satu pasukan cybertroopers atas arahan Datin Seri Rosmah”, katanya.

Antara kritikan negatif terhadap Rosmah termasuklah isu beg tangan mahal, perbelanjaan majlis perkahwinan anak perempuannya yang terlalu tinggi dan isu keperluan untuk berjumpa dengannya bagi mendapatkan projek kerajaan.

Selain itu, isu kepentingan kewangan dalam projek kerajaan, menjadi ‘bos’ kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga isu salah guna jet kerajaan serta pelbagai lagi.

Berkaitan imejnya, Rizal menjelaskan kepada Mahkamah Tinggi bahawa Rosmah amat mementingkan imej, reputasi dan tanggapan terhadapnya sebagai seorang isteri Perdana Menteri.

“Datin Seri Rosmah sentiasa mahukan publisiti dan liputan media ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh beliau”, dakwa Rizal.

Sebagai Pegawai Khas kepada Rosmah, Rizal ketika bertugas di bawah bahagian khas First Lady Of Malaysia (F.L.O.M) turut menguruskan hal ehwal Rosmah.

Beliau turut sedia maklum akan kehendak Rosmah yang sentiasa merancang dan mengatur liputan media untuk dirinya.

Di bawah bahagian F.L.O.M juga, Rizal dan badan itu perlu mengurus dan memastikan publisiti sentiasa dibuat untuk Rosmah.

Rosmah berdepan satu pertuduhan memintah RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi.

Suapan itu diterima menerusi Rizal sebagai upah kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid.

Selain, Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 buah sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular