Masih ingat dengan pelbagai resipi baru yang pernah anda cuba semasa PKP beberapa bulan lalu? Pasti ramai antara anda yang telah mencuba segala macam resipi baru di internet. Setiap hari ada sahaja aktiviti di dapur, dari sarapan pagi hinggalah makan malam. Apa yang paling penting keluarga suka dengan semua hidangan yang disediakan.

Kali ini ada sebuah lagi resipi mudah yang wajib dicuba oleh mereka yang suka memasak khususnya. Buat yang memiliki penggoreng kering atau ‘air fryer’ anda pasti suka dengan resipi kali ini yang tersangatlah mudah untuk dibuat hanya menggunakan alatan elektronik itu. Resipi piza roti telur ini bukan sahaja mudah, malah bahan-bahan yang diperlukan juga mudah sahaja untuk didapati di mana-mana kedai.

Resipi tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Pn Zalekha Zabidi, di laman Facebook Janji Sedap. Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuat piza roti telur:

  • 2 biji telur
  • 3 keping roti (potong empat segi)
  • 2 batang sosej
  • 2 sudu besar majerin (cairkan)
  • 2 sudu besar sos spaghetti
  • 5 sudu besar susu cair
  • 1 sudu besar mayonis
  • 2 keping keju Cheddar cis (sekeping potong empat)
  • Keju Mozarella (pilihan)
  • Sedikit oregano (hiasan atas keju)
  • Cawan kertas (paper cup)

Cara-caranya:

1. Campur telur, roti, sosej, majerin, sos spaghetti, susu dan mayonis ke dalam cawan kertas (paper cup)

2. Letakkan keju di atasnya

3. Taburkan sedikit oregano

4. Bakar bahan-bahan tersebut dengan suhu 160 darjah Celsius selama 10 minit.

Mudah bukan? Nampaknya anda sudah ada menu baru yang boleh dicuba hujung minggu nanti! Selamat mencuba!

Kredit : Noriza Zainal Abidin

Maybe you're interested :

Share

Video Popular