Jakarta Timur menguatkuasakan peraturan ke atas orang awam yang ditangkap kerana tidak memakai pelitup muka dan hidung dengan diwajibkan menjalani hukuman berbaring di dalam keranda sebagai satu renungan di atas kesalahan yang telah dilakukan.

BBC News Indonesia pada 5 September telah berkongsi beberapa gambar lelaki yang berada di dalam keranda palsu untuk menunjukkan apa yang berlaku sekiranya orang awam melanggar peraturan kerana tidak memakai pelitup muka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BBC News (@bbcnews) on

“Wabak COVID-19 adalah risiko di mana mereka mungkin ditempatkan di dalam keranda sebenar kelak,” kata Ketua Agensi Perintah Awam Jakarta Timur, Budhy Novian kepada Anadolu Agency.

“Kami mahu semua orang menyedari bahawa memakai pelitup muka adalah satu kewajiban kerana sekiranya mereka melanggar protokol asas, mereka mungkin dijangkiti virus dan meninggal dunia dalam senario terburuk,” jelas Budhy.

Sekiranya pelanggar peraturan memilih ‘hukuman keranda’, mereka wajib diletakkan di dalam keranda terbuka selama satu minit.

Menurut Khaleej Times, mereka yang berada di Pasar Rebo, Jakarta Timur yang ditahan melakukan kesalahan, mempunyai pilihan untuk berbaring di dalam keranda, membayar denda, atau melakukan kerja khidmat masyarakat.

Namun, The Jakarta Post baru-baru ini memetik kenyataan bahawa pihak berkuasa tidak memberi keizinan untuk mengenakan peraturan ini kerana ia tidak bersesuaian dengan perintah gabenor bagi mereka yang melanggar peraturan memakai pelitup muka dan hidung.

Sementara Ketua Polis Jakarta, Arifin mendakwa bahawa ‘hukuman keranda’ itu bukan hukuman rasmi dan hanya pelanggar peraturan secara sukarela sahaja yang berbaring di dalam keranda itu sementara menunggu kerja khidmat masyarakat mereka.

“Kami tidak menjatuhkan hukuman selain daripada yang ditetapkan dalam peraturan gabenor,” kata Arifin, sambil menambahkan bahawa pelanggar peraturan memakai pelitup muka masih perlu membayar denda 250,000 rupiah (RM70) atau melakukan kerja khidmat masyarakat selama satu jam.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular