Sama seperti manusia, cimpanzi juga memiliki keluarga masing-masing. Bayi cimpanzi juga memerlukan kasih sayang dan juga penjagaan yang serupa dengan bayi manusia.

Seekor bayi cimpanzi walau bagaimanapun bernasib malang apabila ditinggalkan oleh ibunya pada tahun 2019.

Bayi cimpanzi itu, Djibril semenjak ditinggalkan, terpaksa belajar sendiri untuk kekal hidup. Ibunya, Kika difahamkan sebelum itu menjadi mangsa kekejaman pemilik sarkas.

BioparcValencia

Oleh kerana itu, Kika langsung tidak mempunyai kemahiran dan kebolehan membesarkan anaknya sendiri serta naluri keibuan menyebabkan Djibril ditinggalkan sahaja.

Mujurlah Djibril kemudiannya ditempatkan di bawah jagaan zoo di Malaga, Sepanyol, di mana pekerja zoo tersebut berupaya membesarkannya.

Malah mereka turut terpaksa ‘menyamar’ seperti ibunya agar Djibril berasa selesa membesar di sana.

Selain daripada menjalankan peranan seperti ibu Djibril, pekerja zoo turut menyediakan patung cimpanzi dewasa agar Djibril rasa lebih selamat.

BioparcValencia

Keadaannya bertambah baik apabila pihak BIOPARC Valencia mengambil Djibril untuk ditempatkan di sana bersama dengan ibu angkat barunya, Eva.

Pihak BIOPARK menjamin kesejahteraan dan keselesaan Djibril dengan menyediakan persekitaran yang hampir sama dengan habitat semula jadi cimpanzi.

Mula ditempatkan pada Julai 2019, agak sukar untuk Djibril menyesuaikan diri pada mulanya. Seekor cimpanzi betina, Malin sepatutnya ditugaskan untuk menjadi ibu angkat Djibril.

BioparcValencia

Namun Malin tidak begitu berminat. Mujurlah ada Eva, iaitu seekor lagi cimpanzi dewasa yang sanggup memberikan perlindungan dan jagaan terbaik buat Djibril.

Keinginan menuruskan hidup yang dimiliki oleh Djibril bersama dengan naluri keibuan Eva ternyata membawa hasil yang diharapkan.

Setahun kemudian, Djibril dilihat begitu selesa dan sangat menikmati kehidupan bersama keluarga barunya.

BioparcValencia

Djibril adalah penting kerana cimpanzi itu adalah sebahagian daripada spesies yang terancam dan satu-satunya subspesies daripada cimpanzi Barat.

Menurut WWF, spesies itu diancam kepupusan di habitat asal mereka dan populasi mereka telah pun berkurangan di empat buah negara.

Mereka hidup dalam keadaan tertekan di mana sahaja mereka berada. Oleh itu, kerjasama ini akan menyumbang kepada pemeliharaan subspesies yang terancam ini.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular