Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bercadang untuk mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 20 sen terhadap pembelian yang dilakukan secara dalam talian.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin, caj tersebut akan dikenakan untuk pembelian di bawah RM1,000.

Tambah beliau, langkah itu mampu menambah kewangan atau membolehkan dana khas dikumpulkan untuk membantu golongan B40.

Zahidi Zainul Abidin/Facebook

Ia termasuklah menambah baik pembangunan komunikasi khususnya di kawasan luar bandar.

“Perkara ini sedang dalam mesyuarat dan perancangan untuk kita bentangkan pada kerajaan supaya dapat cari sumber lain yang tidak membebankan rakyat.

Menurut beliau, tindakan itu juga dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Bayaran tambahan tersebut adalah seakan caj perkhidmatan yang dikenakan dan jika pembelian melebihi RM1,000 maka caj tambahan adalah sebanyak 40 sen.

Gambar Hiasan/Facebook

Walau bagaimanapun, menurut beliau, pembelian di bawah RM200 tidak akan dikenakan caj tersebut manakala tambahan setiap 20 sen perlu dibayar pengguna bagi gandaan RM1,000 berikutnya.

Beliau mendedahkan perkara itu semasa Program Merdeka@Komuniti Peringkat Kelantan berlangsung di Pengkalan Patah.

Tambah beliau, cadang setiap pembelian bawah RM1,000 menerusi platform e-dagang akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 20 sen termasuklah menerusi Lazada dan Shopee.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular