Sebuah pengecas mudah alih atau ‘power bank’ yang dipercayai terlebih panas telah meletup baru-baru ini setelah pemilik meninggalkannya di bawah terik matahari di dalam sebuah kereta ketika cuaca panas di Kelantan.

Maklumat halaman Facebook Info Roadblock JPJ / POLIS telah berkongsi insiden tersebut yang berlaku pada 6 September, menunjukkan gambar tempat duduk penumpang Perodua Alza yang terbakar akibat letupan ‘power bank’.

Kejadian dilaporkan berlaku di tempat letak kereta Hospital Tumpat di Kelantan.

Menurut posting tersebut, ‘power bank’ telah ditinggalkan di ruang simpanan tempat duduk penumpang dan akibat letupan, ia telah membakar tempat duduk penumpang bahagian hadapan.

Catatan Facebook tersebut telah mendapat lebih daripada 4,200 perkongsian dengan beberapa netizen turut menyampaikan pengalaman yang hampir sama.

Info Roadblock JPJ / POLIS/Facebook

Salah seorang berkongsi insiden apabila menyedari asap keluar dari keretanya setelah meninggalkan ‘power bank’ di dalam kenderaan itu pada suatu petang akibat cuaca panas.

Info Roadblock JPJ / POLIS/Facebook

Adalah amat membahayakan apabila membiarkan ‘power bank’ ditinggalkan di tempat yang terdedah dengan suhu terlalu panas sehingga ia telah membakar beberapa barangan dan pakaian milik anak-anaknya.

Manakala seorang yang lain telah meninggalkan telefon pintarnya seharian di dalam kereta yang menyebabkan ia menjadi terlalu panas sehingga tidak dapat digunakan lagi.

Info Roadblock JPJ / POLIS/Facebook

Untuk mengelakkan insiden membahayakan atau senario buruk lain daripada berlaku, beberapa netizen mengingatkan orang ramai agar selalu membawa bersama ‘power bank’ atau barangan mudah terbakar mereka di dalam beg atau bekas khas yang lain dan bukannya membiarkannya di dalam kereta.

Ini kerana ia mampu mengundang letupan atau kebakaran yang membawa kerosakan dan kerugian, sehingga mungkin boleh membahayakan nyawa.

Info Roadblock JPJ / POLIS/Facebook

Info Roadblock JPJ / POLIS/Facebook

Malang itu tidak berbau, sentiasa berhati-hati ketika anda berada di mana sahaja.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular