Masyarakat dinasihatkan agar tidak melakukan ‘fist bump’ iaitu tangan yang digenggam lalu dilagakan pada tangan orang lain tatkala COVID-19 masih lagi menular ketika ini.

Ia sering kali dilakukan dalam kalangan masyarakat yang menganggap tindakan itu sebagai alternatif lain untuk menggantikan tindakan bersalaman sebelum ini.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, sentuhan fizikal semasa melakukan laga tangan itu tidak digalakkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

@drnoorazmi/Twitter

“Jangan bersalaman dan bersentuhan termasuk lagakan anggota badan. Namun hari ini, saya lihat trend bukan sahaja fist bump tetapi genyeh lagi”.

“Adakah kita mencuci tangan selepas itu?”, soal beliau.

Gambar Hiasan/Unsplash

Ini kerana sebarang bentuk sentuhan secara fizikal meningkatkan risiko jangkitan dan beliau turut mengingatkan orang ramai untuk menjaga jarak fizikal.

“Saya lihat trend yang sedang berlaku kini tidak baik dan saya sarankan supaya berhati-hati”, tambah beliau.

Oleh yang demikian, masyarakat dianjurkan untuk meletakkan telapak tangan di dada dan tunduk sebagai tanda hormat.

KKM/Twitter

Ataupun anda boleh cuba cara hormat tradisional masyarakat Cina dengan menyilang dan mengangkat tangan ke paras dada lalu tunduk sedikit.

Ally Wang/Facebook

Jika tidak, anda juga boleh mengikut cara tradisional masyarakat India iaitu ‘Namaste’ dengan merapatkan kedua telapak tangan pada paras dada lalu tundukkan kepala sedikit.

Foto hiasan/SBS

Apa yang penting adalah jangan bersentuhan dan jaga penjarakan fizikal. Sama-sama kita perangi COVID-19 bersama.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular