Anggota penguatkuasa yang diangkat sebagai wira oleh netizen kerana keberaniannya memberkas peragut baru-baru ini menerima penghargaan daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Shazrin Hafeez Fadzlan, 26 tahun menerima sijil penghargaan, wang tunai RM1,000 dan tawaran kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam (tetap) U19 di MBJB.

Sijil penghargaan kepada Shazrin disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad sempena lawatan beliau ke pejabat baharu MBJB.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Ayub Jamil dan Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud.

Dalam kejadian pada 1 September, tindakan sepantas kilat Shazrin yang melakukan aksi ‘flying kick’ bersama kerjasama orang awam telah berjaya menumpaskan seorang peragut dalam satu kejadian ragut pada jam 12.45 tengah hari di Taman Mount Austin, Johor Bahru.

Dalam kejadian itu, peragut tersebut yang menaiki sebuah motosikal cuba meragut beg tangan seorang wanita berusia 30 tahun ketika mangsa sedang melintas jalan.

Facebook | Damia Hanie

Mangsa yang cemas dan menjerit meminta bantuan sebelum disedari Shazrin dan orang awam yang kemudian berusaha menahan suspek daripada melarikan diri.

Keberanian Shazrin telah mendapat pujian dan perhatian kalangan netizen, sehinggakan gerai burger rakannya di Johor Jaya turut mendapat sambutan selepas netizen mendapat tahu beliau membantu rakannya itu berniaga selepas waktu selesai waktu bekerja.

Wira seperti Shazrin sewajarnya diberikan penghargaan. Juga kerjasama orang awam tanpa mengira kaum dalam menumpaskan penjenayah merupakan sikap sebenar warga Malaysia.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular