REMBAU – Pihak polis sedang mengesan seorang kanak-kanak sembilan tahun selepas videonya yang didapati memandu sebuah kereta tular di laman sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam, usaha sedang dilakukan untuk mengesan kedua ibu bapa kanak-kanak terbabit.

Ianya bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ekoran mengizinkan anak mereka yang masih di bawah umur memandu kereta.

Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)/Facebook

“Kita akan jalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat video yang tular itu dan tindakan akan diambil”.

Sebelum ini, tular video kanak-kanak tersebut yang dilihat memandu sebuah kereta Proton Saga.

Menerusi video berdurasi 53 saat itu, ketika ditanya si perakam, kanak-kanak itu memberitahu bahawa bapanya yang mengajar dia memandu kereta.

VIDEO PILIHAN: POLIS CARI KANAK-KANAK DARJAH TIGA PANDU KERETA

VIDEO TULAR: POLIS CARI KANAK-KANAK DARJAH TIGA PANDU KERETA

Rembau, 7 September 2020 – Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang memandu sebuah kereta seperti yang tular di Facebook sejak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Anuar Bakri Abdul Salam berkata, usaha juga sedang dilakukan bagi mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk siasatan lanjut kerana membenarkan anak bawah umur memandu kenderaan.

“Kita akan jalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat video yang tular itu dan tindakan akan diambil.

“Bagaimanapun setakat ini kita masih belum menerima sebarang laporan polis mengenainya,” katanya kepada Sinar Harian.

Hari ini tular video seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta Proton Saga dengan tajuk ‘Handa orang Rombau haa’.

Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kanak-kanak berkenaan turut memberitahu bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya oleh seorang lelaki dipercayai perakam video.

Sumber: Sinar Harian

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Monday, 7 September 2020

 

Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)/Facebook

Namun menurut Anuar, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis mengenai kejadian ini.

Mereka yang membenarkan individu bawah umur memandu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 39 (5) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika disabit kesalahan, individu boleh dikenakan denda hingga RM2,000 ataupun penjara selama enam bulan atau kedua-duanya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular