Pencemaran sungai yang berlarutan buat sekian lama, mempengaruhi kehidupan rakyat Malaysia secara berulang kali tanpa dapat diselesaikan dengan ketegasan undang-undang. Maka atas sebab itu pelaku atau pemilik kilang terbabit terus membuang sisa pencemaran seperti tindakan yang tidak pernah serik dan insaf.

Seolah tidak cukup-cukup memudaratkan kehidupan dan kesihatan rakyat Malaysia yang menerima penderitaan mengalami gangguan bekalan air angkara tangan serta pemikiran cetek pemilik kilang-kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa kimia dan pepejal ke dalam sungai seperti insiden Sungai Kim Kim dan terbaru di Sungai Gong.

Sebuah rakaman video mendedahkan selagi tindakan penguatkuasaan tegas tidak diambil, pelaku tetap tidak akan mengubah cara mereka.

Membawa perkara tidak bertanggungjawab ini ke Twitter, netizen @buzz_zizi berkongsi rakaman video bagaimana sebuah kilang kimia berdekatan tempat kerjanya secara terang-terangan membuang sisa kimia terus ke saliran terbuka berdekatan.

“Saya berasa sakit hati melihat sisa ini datang dari kilang berhampiran tempat kerja saya. Apabila hujan, mereka akan membuang sisa kimia ke dalam saliran air,” katanya menerusi Tweet itu.

“Setiap kali saya melaporkan kejadian itu ke Jabatan Alam Sekitar, mereka akan dikenakan saman dan denda, tetapi mereka tetap terus melakukannya,” tambahnya.

Berdasarkan maklumat dalam Twitter tersebut, pembuang sisa kimia itu dipercayai berasal dari sebuah kilang dakwat pencetakan di Johor Bahru.

Manakala seorang netizen turut memuat naik sebuah kilang di Batang Kali membuang sisa kimia terus ke dalam saliran secara terbuka.

@oosehunisbae/Twitter

Berasa amat terkesan dengan pemandangan yang tidak sepatutnya berlaku ini, seorang netizen tampil dengan menulis bahawa aduan boleh dibuat kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan selanjutnya.

Diharap perkara ini akan mendapat perhatian pihak berwajib setelah tularnya rakaman video ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya, sebelum keadaan menjadi lebih buruk dan memudaratkan kehidupan seharian masyarakat seperti mengalami gangguan bekalan air pada ketika ini ekoran sungai dan loji air tercemar.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular