Sebut sahaja kehandalan mengendalikan haiwan, pasti kita teringat akan Syukor Khamis yang bergambar bersama kerbaunya.

Ianya cukup hebat sehingga berjaya mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan semestinya perlu dibanggakan.

Baru-baru ini, dunia fotografi sekali lagi digemparkan dengan kemenangan foto Syukor dalam kategori Orang/Jalanan dalam Imej Asia 2020 oleh Asian Geographic untuk bulan Ogos.

Syukor Khamis-Kampong Boy/Facebook

Syukor yang turut digelar sebagai Mowgli Malaysia itu mengakui bahawa dirinya berasa terkejut ketika diberitahu akan kemenangan foto dirinya.

“Sebelum itu, saya tidak tahu pun. Cikgu-cikgu yang maklumkan di sekolah. Selepas itu, abang Yusuf ada maklumkan. Apa pun, saya sangat gembira dan bangga”, katanya.

“Gambar saya dengan Tongkol itu dirakamkan oleh abang Yusuf Madi. Kerbau yang paling besar itu juga turut memberi kerjasama”.

Syukor Khamis-Kampong Boy/Facebook

Foto itu jelas memperlihatkan keadaan Syukor berbaring di atas seekor kerbau yang juga sedang berbaring. Sungguh bermakna!

Sebelum ini, remaja 15 tahun yang berasal dari Terengganu itu mendapat perhatian netizen ekoran ‘berkawan rapat’ dengan haiwan ternakan bapanya iaitu kerbau yang mencecah lebih 100 ekor.

Langsung tidak berasa kekok malah Syukor kelihatan begitu bersahaja dalam berinteraksi bersama haiwan ternakan bapanya.

Syukor Khamis-Kampong Boy/Facebook

Foto unik Syukor sebelum ini mendapat tempat pertama untuk Asia Geographic – Image of Asia Photography Award 2018.

Dan fotonya itu turut dinobatkan dalam 20 gambar terbaik dunia dalam Pertandingan Fotografi Antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards 2018.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular