Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian tidak akan mengekstradisi pelarian etnik Uyghur ke China walaupun ketika atas permintaan Parti Komunis China (PKC) untuk berbuat demikian, sebaliknya akan membenarkan pelarian Uyghur pergi ke negara ketiga dengan selamat sekiranya kerajaan percaya dan yakin bahawa keselamatan etnik ini terancam.

Menurut Reuters, Asia Tenggara menjadi negara transit buat pelarian Uyghur melarikan diri ke negara ketiga seperti ke Turki.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Mohd Redzuan Md Yusof berkata walaupun Malaysia menghormati hak negara lain untuk menyelesaikan masalah dalaman sendiri, namun kerajaan yakin bahawa etnik Uyghur sememangnya sedang mengalami penganiayaan dan penindasan di China.

MOHD RASFAN/AFP/Getty Images

Kenyataan tersebut dijelaskan oleh Mohd Redzuan ketika menjawab soalan bertulis Anggota Parlimen Pembangkang Chan Foong Hin dalam sidang Parlimen Malaysia dan ini merupakan kali pertama Malaysia menyatakan pendiriannya bahawa negara itu ia tidak akan mengekstradisi pelarian Uyghur ke China.

Mohd Redzuan berkata, “Sekiranya terdapat pelarian Uyghur melarikan diri ke Malaysia untuk mendapatkan perlindungan, Malaysia akan memutuskan untuk tidak mengekstradisi pelarian Uyghur walaupun China memintanya.”

“Sekiranya mereka bimbang bahawa tidak akan dilindungi dan diperlakukan dengan adil di negara asal, atau bahkan bimbang akan keselamatan sendiri atau kemungkinan mengalami penganiayaan, mereka akan dibenarkan pergi ke negara ketiga,” kata Mohd Redzuan.

Reuters berkata tidak jelas bila dokumen itu dimuat naik dan Kedutaan Besar China di Kuala Lumpur masih belum memberi sebarang komen.

JOHANNES EISELE/AFP/Getty Images

Ini bukan kali pertama Malaysia menunjukkan rasa simpati terhadap pelarian Uyghur. Pada tahun 2018, 11 pelarian Uyghur telah melarikan diri ke Malaysia setelah bolos dari penjara Thailand dan ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Walaupun PKC meminta pemulangan 11 pelarian etnik Uyghur tersebut, kerajaan Malaysia membebaskan mereka dan menghantar kesemuanya ke Turki. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Mahathir Mohamad berkata, “Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan di negara ini, jadi mereka dibebaskan.”

Sebagai respon kenyataan kerajaan Malaysia, Profesor Dr Mohammad Naqib Ishan Jan, pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, menulis di Malaysiakini, “Pendirian yang dinyatakan oleh menteri itu sejajar dengan undang-undang antarabangsa kontemporari. Negara-negara berdaulat memiliki hak eksklusif untuk melindungi rakyat dan warga lain yang berada di wilayah mereka.”

Tambah beliau, “Ketika menggunakan hak eksklusif, sebuah negara berhak memberikan suaka kepada pelarian, memberi mereka akses secara selamat untuk ke negara ketiga, dan menolak untuk mengekstradisi mereka ke negara asal di mana golongan ini takut akan mengalami penindasan dan penganiayaan.”

PETER PARKS/AFP/Getty Images

Mohammad Naqib berkata, “Melarikan diri daripada penganiayaan dan mencari suaka di negara lain adalah hak asasi manusia yang diakui di bawah ‘Universal Declaration of Human Rights’ (UDHR) dan undang-undang antarabangsa lain.”

Beliau turut menekankan, “Melindungi pelarian ini daripada penganiayaan adalah tindakan yang bersesuaian dengan semangat keadilan, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.”

Siasatan bebas telah banyak dilakukan yang menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 1 juta etnik Uyghur serta etnik minoriti Muslim lain telah ditahan secara salah oleh PKC dan mereka didapati terlibat menjadi buruh paksa di kem tahanan, bahkan menjalani pensterilan paksa bagi wanita Uyghur atas alasan rancangan kesuburan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular