Buat pencinta kucing, memelihara si bulus sudah pasti amat menghiburkan dan mampu meredakan stres, tambah lagi ketika musim pandemik ini. 

Bagi anda yang memiliki haiwan peliharaan ini, sudah pasti terbiasa menyaksikan tingkah laku si comel yang kadangkala begitu aneh dan pelik. Sehinggakan ada masanya tuan empunya kucing sendiri tidak memahami mengapa dia berkelakuan sedemikian seperti si kucing oren ini yang meminta dipusingkan berkali-kali seperti roda tanpa mahu memberi isyarat berhenti.

Dunia Kucing Malaysia Media/Facebook

Dalam rakaman video di Facebook ini, pada mulanya tuan yang kebosanan sengaja bermain pusing-pusing bersama kucing orennya.

Mula-mula main pusing-pusing macam ‘Wheel of Fortune’ nampaknya begitu menghiburkan antara tuan dan kucing, kelihatan seperti tuan yang membuli kucingnya untuk mendapat ketenangan.

Dunia Kucing Malaysia Media/Facebook

Namun selepas pusingan si bulus oren ini berhenti, tiba-tiba dia bangkit dan berlari mendapatkan tuannya yang telah berlari masuk ke dalam bilik.

Dunia Kucing Malaysia Media/Facebook

Dia mengekori tuannya itu dan memanggilnya keluar dari bilik. Rupa-rupanya si comel ini meminta dipusingkan seperti putaran roda sekali lagi.

Dunia Kucing Malaysia Media/Facebook

Selepas tuannya melihat dia sudah bersedia posisi untuk diputar, badannya dipusing laju yang kita sendiri tengok pun terasa pening.

Ingatkan dia sudah puas hati mahu berhenti berpusing, rupanya mahu lagi. Lalu tuannya yang sudah pening berlari laju mahu bersembunyi ke dalam bilik.

Dunia Kucing Malaysia Media/Facebook

Selepas si oren ini mengiau memanggil minta diputar sekali lagi, terpaksalah si pemilik malang ini melayan kerenahnya meminta dipusing-pusing seperti putaran roda-roda kehidupan sampai masa kedua-duanya kepenatan. 

Dunia Kucing Malaysia Media/Facebook

Siapa yang buli siapa sebenarnya ini? Aduhai…

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular