Kucing memang banyak ragamnya dan itulah yang menjadikan makhluk comel berbulu itu agak istimewa di mata kita semua, bukan?

Dan sudah menjadi kelaziman bahawa kucing gemar juga membawa ‘hadiah’ kepada tuannya – makanan, pakaian yang dicuri daripada jiran hinggalah bangkai haiwan atau serangga!

Foto hiasan/Facebook

Ia sebenarnya cara mereka untuk menzahirkan penghargaan mereka terhadap pemilik masing-masing, meskipun agak pelik.

Begitu juga dengan seekor kucing bernama Robert yang bertindak memberi ikan goreng kepada bayi pemiliknya.

Kisah lucu itu dikongsikan sendiri oleh pemilik Robert menggunakan akaun @pelisahh di laman Twitter.

@pelisahh/Twitter

Menurut tuan Robert, kucing bertuah itu pada mulanya mencuri ikan goreng di bawah tudung saji lalu memberikannya pada Johan iaitu bayinya.

Yelah tu. Asyik-asyik makan puri je..

@pelisahh/Twitter

Sememangnya pemilik Robert berfikir bahawa Robert yang mahukan ikan goreng tersebut dan tidak menyangka kucing itu akan memberikannya kepada Johan.

@pelisahh/Twitter

Awwww, pandai Robert ambil hati tuannya dan Johan, bukan? Ternyata mereka juga sayangkan kita seperti mana kita sayangkan mereka..

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular