Melakukan rutin yang sama setiap hari kadangkala boleh mendatangkan bosan. Tambah-tambah lagi jika sesuatu pekerjaan atau rutin yang dilakukan bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Jadi, untuk mengatasi kebosanan itu, pasti ada antara kita yang sering cuba melakukan sesuatu yang baru.

Kita sering merasakan hanya kita yang bosan dengan rutin yang sama setiap hari tetapi hakikatnya sekumpulan kuda di dalam video ini juga mungkin merasakan hal yang sama.

Namun, mereka juga nampaknya tidak mempedulikan semua rasa bosan itu kerana mereka punya idea yang sendiri untuk menghilangkan semua rasa yang tidak enak itu. Apa yang mereka lakukan ialah dengan menggelongsor di lereng bukit yang penuh dengan rumput.

Sekali lihat seperti mereka tidak boleh berdiri dengan stabil jadi mereka terpaksa menggelongsor ke bawah tetapi rupa-rupanya memang mereka sengaja mahu bermain seperti itu.

Sudahlah suasana di situ kelihatan nyaman, hijau dan bebas dengan segala pencemaran, ditambah lagi dengan keseronokan bermain bersama kawan-kawan dan pasti itu sesuatu perkara yang menyeronokkan bagi kuda-kuda ini. Mereka mungkin tiada alat permainan yang boleh dimainkan, tetapi mereka tetap gembira dengan permainan yang mereka cipta sendiri!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular